Tindakan kolektif melalui piket dalam kalangan pekerja di Malaysia: Analisis kajian lepas

Nassiah Gaong and Mahadirin Ahmad and Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof (2021) Tindakan kolektif melalui piket dalam kalangan pekerja di Malaysia: Analisis kajian lepas.

[img] Text
Tindakan kolektif melalui piket dalam kalangan pekerja di Malaysia, Analisis kajian lepas.ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
TINDAKAN KOLEKTIF MELALUI PIKET DALAM KALANGAN PEKERJA DI MALAYSIA, ANALISIS KAJIAN LEPAS.pdf
Restricted to Registered users only

Download (88kB) | Request a copy

Abstract

Tindakan kolektif merupakan tindakan yang dapat menarik perhatian majikan dan kerajaan terhadap isu yang berlaku di tempat kerja. Ciri utama tindakan kolektif ialah dengan melibatkan sekumpulan pekerja untuk mencapai objektif secara bersama. Antara tindakan yang dapat dilakukan ialah perundingan kolektif dan tindakan perusahaan seperti mogok dan piket. Pelanggaran hak asasi dan kebajikan pekerja merupakan salah satu bentuk eksploitasi daripada majikan terhadap pekerja. Disebabkan pelanggaran hak asasi pekerja seperti isu-isu yang melibatkan upah pekerja dan beberapa permintaan yang tidak dipenuhi oleh majikan dalam perundingan kolektif, menyebabkan pekerja bersatu hati dan melakukan tindakan kolektif bagi menjaga kebajikan mereka. Senario ini jelas mengambarkan pekerja mula melakukan sebarang tindakan yang difikirkan dapat melindungi dan mendatangkan manfaat pekerjaan kepada mereka seperti saranan teori daripada Mancur Olson iaitu “The Logic of Collective Action”. Oleh itu, Objektif kajian ini akan menerangkan proses tindakan kolektif melalui piket pekerja serta menjelaskan kepentingan tindakan kolektif terhadap isu kebajikan pekerja. Berdasarkan hasil dapatan kajian dan analisis keratan akhbar, telah membuktikan tindakan kolektif pekerja merupakan medium yang terbaik yang boleh digunakan pekerja untuk memastikan rungutan dan tuntutan didengari oleh pihak majikan dan pihak kerajaan. Justeru itu, kesatuan sekerja harus melihat manfaat serta kepentingan tindakan kolektif sebagai langkah terbaik berbanding hanya menggunakan medium perbincangan semata-mata.

Item Type: Proceedings
Keyword: Tindakan kolektif , Piket , Kebajikan pekerja
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Apr 2022 10:00
Last Modified: 26 Apr 2022 10:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32484

Actions (login required)

View Item View Item