Pemendakan logam berat semasa peneutralan larutan asid dan saliran asid lombong

Lai, Woan Jen (2005) Pemendakan logam berat semasa peneutralan larutan asid dan saliran asid lombong. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000400.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai pemendakan tiga jenis logam berat (Fe, Cu dan Zn) dari larutan akua logam dan saliran asid lombong (AMD) telah dijalankan. pH sampel diubahsuai menggunakan larutan NaOH dan kepekatan akhir logam serta berat mendakan pada pH tertentu adalah ditentukan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepekatan logam menurun manakala amaun/ berat mendakan meningkat dengan peningkatan pH. Secara perbandingan, pemendakan Fe, Cu dan Zn masing-masing hampir mencapai maksimum pada pH 4.0, pH 7.0 dan pH 8.0. Nilai pH ini adalah bersamaan dengan pH pemendakan mendakan logam hidroksida masing-masing. Tren keseluruhan penyingkiran Fe, Cu dan Zn dari larutan yang mengandungi lebih daripada satu logam termasuklah saliran asid lombong adalah lebih cepat daripada larutan yang hanya mengandungi satu logam sahaja.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Heavy metals, Acid solution, Acid mine drainage
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 11 Jan 2012 17:10
Last Modified: 20 Oct 2017 14:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3263

Actions (login required)

View Item View Item