Pengetahuan Pelajar Dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah

Chong Oi Min and Mohammad Tahir Mapa (2021) Pengetahuan Pelajar Dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah. Jurnal Kinabalu, 27. pp. 21-37. ISSN 2600-867X

[img] Text
Pengetahuan Pelajar Dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Pengetahuan Pelajar Dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (834kB) | Request a copy

Abstract

Masalah pengurusan sisa pepejal yang tidak cekap merupakan antara isu yang dihadapi oleh negara kita. Kemajuan ekonomi negara dan peningkatan jumlah pelajar sekolah merupakan faktor utama penambahan jumlah penghasilan sisa pepejal. Kajian tinjauan pendapat dan temu bual ini bertujuan untuk mengenal pasti komposisi sisa pepejal, pengetahuan alam sekitar pelajar dan amalan pengurusan sisa pepejal dengan pemilihan responden daripada pelajar tingkatan empat secara rawak. Instrumen yang dipakai ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada 320 pelajar di dua buah sekolah menengah daerah Penampang. Kajian ini mendapati bahawa pelajar sedar dan mengetahui masalah pengurusan sisa pepejal di sekolah tetapi amalannya masih tidak dapat dilakukan oleh semua warga sekolah. Responden cukup mementingkan pendidikan alam sekitar di sekolah sebagai penyelamatnya. Namum begitu, mereka tidak mempedulikan perkara ini. Kajian juga meninjau penglibatan dan penyertaan kontraktor sekolah dalam pengurusan sisa pepejal yang disediakan oleh Syarikat Alyssa Enterprise Sendirian Berhad dan Majlis Daerah Penampang. Kerjasama dan tanggungjawab daripada semua pihak adalah sangat penting untuk menjayakan semua aktiviti pengurusan sisa pepejal di sekolah. Oleh itu, hasil dapatan artikel ini mampu memberi pandangan luas terhadap pengetahuan pelajar dan jumlah penjanaan komposisi sisa pepejal yang dihasilkan supaya pihak sekolah dapat mengambil tindakan pengurusan sisa pepejal dengan lebih berkesan dan cekap pada masa hadapan.

Item Type: Article
Keyword: Kategori sisa , Pendidikan alam sekitar , Penjanaan komposisi sisa pepejal , Penglibatan , Pengurusan sisa pepejal , Penyertaan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > GE1-350 Environmental sciences > GE70-90 Environmental education
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Jun 2022 11:51
Last Modified: 08 Jun 2022 11:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32668

Actions (login required)

View Item View Item