Dilema Ekonomi Wang Dalam Masyarakat Melayu: Penubuhan Syarikat Perniagaan Dan Koperasi Di Tanah Melayu Pada Awal Abad Ke-20

A Rahman Tang Abdullah and Mohd. Sohaimi Esa (2021) Dilema Ekonomi Wang Dalam Masyarakat Melayu: Penubuhan Syarikat Perniagaan Dan Koperasi Di Tanah Melayu Pada Awal Abad Ke-20. MANU, 32. pp. 35-59. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)

[img] Text
Dilema Ekonomi Wang Dalam Masyarakat Melayu.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Dilema Ekonomi Wang Dalam Masyarakat Melayu1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (474kB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini membincangkan dilema ekonomi wang masyarakat Melayu dengan rujukan kepada permasalahan yang berhubung kait dengan penubuhan syarikat perniagaan dan koperasi milikan orang Melayu pada awal abad ke-20. Dalam konteks sejarah, fenomena kapitalisme telah berkembang dengan penggunaan wang dalam masyarakat Melayu untuk aktiviti ekonomi yang jelas dikesan, terutamanya dalam kalangan aristokrat, komuniti perniagaan dan golongan rakyat. Golongan pertukangan Melayu adalah golongan bawahan yang sedia terdedah kepada ekonomi wang telah berusaha untuk menubuhkan syarikat perniagaan milikan orang Melayu dengan cubaan pengumpulan dana sebagai modal. Namun, usaha ini gagal direalisasikan walaupun sambutan di peringkat permulaan amat menggalakkan. Fenomena ini juga telah berkembang dalam kalangan kaum tani kerana penggunaan wang dalam aktiviti pertanian telah mengubah orientasi ekonomi kaum tani daripada sara diri kepada komersial. Perubahan orientasi ekonomi ini sebaliknya telah menimbulkan masalah belenggu hutang berterusan dalam kalangan rakyat bawahan Melayu. Bagi membantu rakyat Melayu, mekanisme yang dilihat boleh mengurangkan masalah hutang dalam kalangan kaum tani ialah dengan penubuhan koperasi pinjaman luar bandar yang akan membolehkan mereka mendapat pinjaman bagi membiayai operasi pertanian, membebaskan diri dari penindasan pemiutang serta memupuk sikap menyimpan wang dalam kalangan mereka. Perkara ini dapat dicapai dengan melaburkan sejumlah wang yang kecil dalam sesebuah koperasi yang kemudiannya akan memberikan keuntungan. Perbincangan dua aspek ini menunjukkan dilema masyarakat Melayu untuk menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan orientasi ekonomi wang yang berlandaskan kapitalisme. Perbincangan ini meliputi analisis bahan-bahan sejarah sezaman yang merangkumi surat khabar Melayu dan dokumen pentadbiran British.

Item Type: Article
Keyword: Dilema Melayu , Ekonomi wang , Tanah Melayu , Syarikat perniagaan Melayu , Koperasi
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB522-715 Income. Factor shares > HB615-715 Entrepreneurship. Risk and uncertainty. Property
H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB75-130 History of economics. History of economic theory Including special economic schools
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Jun 2022 12:50
Last Modified: 08 Jun 2022 12:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32698

Actions (login required)

View Item View Item