Kesan hormon ke atas pengaruhan Embriogenesis Somatik terhadap daun Labisia Pumila

Razleen Raihan Ismail (2007) Kesan hormon ke atas pengaruhan Embriogenesis Somatik terhadap daun Labisia Pumila. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000418.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kesan hormon ke atas pengaruhan embriogenesis somatik terhadap eksplan daun Labisia pumila var. pumila telah dikaji. Eksplan telah dikultur pada media pepejal Murashige dan Skoog (MS) yang mengandungi sama ada kombinasi dua atau tiga hormon dan telah disimpan dalam keadaan gelap. Kombinasi dua hormon adalah auksin:auksin seperti asid naftalenasetik (NAA), asid 2,4-diklorofenoksiasetik (2,4-0), dan asid indolasetik (IAA) manakala kombinasi tiga hormon auksin:auksin:sitokinin adalah seperti NAA, 2,4-D dan benzilaminapurina (BAP) yang diuji pada kepekatan yang berbeza (0, 2.5, 5, 10, 15, dan 20µM). Keputusan menunjukkan pengaruhan kalus berjaya dihasilkan paling tinggi pada kombinasi dua hormon dengan rawatan 5µM 2,4-D dengan 5µM IAA dalam media MS iaitu 92.SO±I1.18% berbanding dengan kombinasi 2,4-D dengan NAA dan NAA dengan IAA selepas enam minggu pengkulturan. Kalus yang dihasilkan berwarna keperangan dan tidak menampilkan ciri-ciri embriogenik. Manakala kombinasi tiga hormon menghasilkan kalus paling tinggi dengan rawatan 10µM 2,4-D, 10µM NAA dengan 10µM BAP dengan 97.50±5.5S9% selepas tiga minggu pengkulturan. Kalus yang dihasilkan berwarna krim kekuningan dan tidak membawa sebarang ciri embriogenik. Kombinasi tiga hormon telah menghasilkan lebih banyak kalus berbanding dengan kombinasi dua hormon. Selepas lapan minggu pengkulturan, ke semua kalus daripada semua rawatan dipindahkan ke dalam media yang sama untuk pengaruhan embriogenesis somatik dan kalus berwarna keperangan terhasil selepas minggu pertama subkultur. Oleh itu, tiada sebarang kalus berjaya diaruhkan untuk membentuk embrio somatik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Plant growth regulators, Somatic embryogenesis, Labisia pumila var. pumila,
Subjects: Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK495 Angiosperms
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Jan 2012 11:59
Last Modified: 23 Oct 2017 08:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3287

Actions (login required)

View Item View Item