Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran ungkapan algebra tingkatan dua

Sarimah Baco and Mohd. Zaki Ishak (2021) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran ungkapan algebra tingkatan dua. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 127-137. ISSN 2504-8562

[img] Text
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran ungkapan algebra tingkatan dua.pdf
Restricted to Registered users only

Download (460kB) | Request a copy
[img] Text
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran ungkapan algebra tingkatan dua ABSTRACT.pdf

Download (87kB)

Abstract

Kesahan adalah sejauh mana instrumen mengukur apa yang hendak diukur dan kebolehpercayaan adalah keupayaan suatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan item soal selidik daripada kecacatan.Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik penilaian kendiri pembelajaran Ungkapan Algebra Tingkatan Dua. Soal Selidik telah disahkan melalui kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen yang melibatkan lima orang pakar dalam bidang Matematik dan dua orang pakar bidang Bahasa manakala kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 27.0. Seramai 145 orang pelajar Tingkatan Dua terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkanindeks kesahan kandungan-item (I-CVI) berkisar antara 0.800 hingga 1.000 dan indeks kesahan kandungan-skala (S-CVI / Ave) adalah 0.973. Skor nisbah kesahan kandungan (CVR) menunjukkan bahawa semua item disahkan penting oleh pakar. Muatan faktor bagi setiap item berada dalam julat 0.539 hingga 0.846, manakala keputusan analisis kebolehpercayaan adalah α=0.950. Keputusan menunjukkan instrumen mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan untuk pelajar Tingkatan Dua menilai pembelajaran Ungkapan Algebra pada domain kognitif pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Implikasi kajian iniadalah guru akan mendapat maklumat tentang pembelajaran Ungkapan Algebra pelajar secara langsung daripada instrumen yang dibina.

Item Type: Article
Keyword: Kesahan , Kebolehpercayaan , Pembelajaran ungkapan algebra , Domain kognitif , Penilaian kendiri
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 21 Jun 2022 09:21
Last Modified: 21 Jun 2022 09:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32896

Actions (login required)

View Item View Item