Kelangsungan pengajaran dan pembelajaran semasa perintah kawalan pergerakan penularan Covid-19 menerusi online: satu resolusi Kementerian Pendidikan Malaysia

Saifulazry Mokhtar and Anna Lynn Abu Bakar and Mohd. Sohaimi Esa and Irma Wani Othman (2021) Kelangsungan pengajaran dan pembelajaran semasa perintah kawalan pergerakan penularan Covid-19 menerusi online: satu resolusi Kementerian Pendidikan Malaysia. Journal Information System and Technology Management (JISTM), 6. pp. 34-46. ISSN 0128-1666

[img] Text
Kelangsungan pengajaran dan pembelajaran semasa perintah kawalan pergerakan penularan Covid-19 menerusi online.pdf
Restricted to Registered users only

Download (313kB) | Request a copy
[img] Text
Kelangsungan pengajaran dan pembelajaran semasa perintah kawalan pergerakan penularan Covid-19 menerusi online _ABSTRACT.pdf

Download (65kB)

Abstract

Fenomena pandemik Covid-19 merupakan satu pandemik yang berlaku di luar jangkaan. Ia bukan sahaja dihadapi oleh masyarakat Malaysia, malah kehadirannya menggegar dunia. Penyebaran wabak ini sangat cepat dan sukar untuk disekat. Hampir majoriti seluruh negara di dunia ini terkesan dengan kehadirannya sehinggakan pelbagai sektor mengalami bahangnya termasuklah dalam bidang pendidikan. Bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 ini, pihak kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula sejak 18 Mac 2020 sehinggalah sekarang dengan tempoh fasa pemulihan yang dijalankan serta menutup semua pengoperasian sektor termasuklah sektor pendidikan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat resolusi yang diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan kesinambungan pendidikan pelajar-pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini menjurus kepada analisis dokumen Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 3 Tahun 2020 iaitu garis panduan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan jangkitan Covid-19 bertarikh 27 Mac 2020. Bagi memastikan kelangsungan pendidikan kepada pelajar-pelajar, pihak KPM menggalakkan semua guru menggunakan kaedah pembelajaran melalui pelantar pembelajaran yang disediakan oleh pihak KPM iaitu MOE-DL dan pelantar pembelajaran yang bersesuaian secara dalam talian dengan berbantukan Teknologi Maklumat. Walaupun kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) normal berlaku dalam bilik darjah, namun dalam menangani virus ini kaedah PdPc perlu diubah selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Dengan berbantukan kajian ini, pihak ibu bapa, pelajar serta guru dapat merealisasikan hasrat KPM agar lantunan ilmu tidak terhenti disebabkan pandemik Covid-19.

Item Type: Article
Keyword: Kelangsungan , Pengajaran dan pembelajaran , Perintah kawalan pergerakan , Pandemik Covid-19 , Kementerian Pendidikan Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 08 Jul 2022 14:47
Last Modified: 08 Jul 2022 14:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32985

Actions (login required)

View Item View Item