Migrasi orang Melayu dan impaknya terhadap dasar negara mesra Muslim di Taiwan

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar and Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi and Habibah @ Artini Ramlie and Saifulazry Mokhtar (2020) Migrasi orang Melayu dan impaknya terhadap dasar negara mesra Muslim di Taiwan.

[img] Text
Migrasi orang Melayu dan impaknya terhadap dasar negara mesra Muslim di Taiwan.ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
MIGRASI ORANG MELAYU DAN IMPAKNYA TERHADAP DASAR NEGARA MESRA MUSLIM DI TAIWAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (386kB) | Request a copy

Abstract

Kedatangan orang Melayu ke Taiwan bukanlah suatu perkara yang asing. Kedatangan orang Melayu ke Taiwan dapat dilihat berlaku seperti pada tahun 1980-an dan 1990-an ekoran perkembangan sektor perindustrian, dan lebih jelas lagi ketika berlakunya krisis ekonomi tahun 1997. Pada tahun 2018, direkodkan seramai 780,000 orang Islam telah datang ke Taiwan. Malah bagi tahun 2019, sehingga Julai sahaja direkodkan seramai 430,000 orang Islam telah datang ke Taiwan. Majoriti orang-orang Islam yang datang ke Taiwan merupakan orang-orang Melayu dari Indonesia dan Malaysia sama ada untuk bekerja, menyambung pengajian dan melancong. Sungguhpun penduduk Taiwan majoritinya adalah beragama Buddha, namun pihak kerajaan mulai peka akan keperluan dan kemudahan orang-orang Islam ekoran kedatangan mereka yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis impak kedatangan orang-orang Melayu terhadap pelaksanaan dasar negara mesra Muslim di Taiwan. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan pendekatan analisis kandungan dan data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif serta dicerakinkan secara tematik. Kajian mendapati peningkatan kedatangan orang-orang Islam yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu dari Indonesia dan Malaysia telah memberikan impak yang signifikan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan dasar negara mesra Muslim dengan menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan bagi orang-orang Islam seperti pembinaan masjid dan surau, penyediaan makanan dan pembukaan restoran halal, penghasilan peralatan kosmetik dan ubat-ubatan daripada sumber halal dan sebagainya. Usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan secara langsung telah menjadikan Taiwan yang merupakan negara bukan Islam sebagai pilihan destinasi orang-orang Islam sama ada untuk melancong, bekerja, menyambung pengajian dan sebagainya.

Item Type: Proceedings
Keyword: Migrasi , Orang Melayu , Negara mesra Muslim , Islam di Taiwan
Subjects: J Political Science > JV Colonies and colonization. Emigration and immigration. International migration > JV1-9480 Colonies and colonization. Emigration and immigration. International migration > JV6001-9480 Emigration and immigration. International migration > JV8762 Islamic countries
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Jul 2022 11:37
Last Modified: 17 Jul 2022 11:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33011

Actions (login required)

View Item View Item