Falsafah Pendidikan Islam merentas kurikulum alaf ke-21

Saifulazry Mokhtar and Kasoma Thia and Habibah Artini Ramlie and Abang Mohd. Razif Abang Muis (2019) Falsafah Pendidikan Islam merentas kurikulum alaf ke-21.

[img] Text
Falsafah Pendidikan Islam merentas kurikulum alaf ke-21.ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM MERENTAS KURIKULUM ALAF KE-21 (FULLTEXT).pdf
Restricted to Registered users only

Download (611kB) | Request a copy

Abstract

Pendidikan Islam adalah salah satu mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar beragama Islam sama ada di peringkat rendah mahupun peringkat menengah. Kewajipan mempelajari mata pelajaran ini adalah selaras dengan kehendak dan tuntutan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertunjangkan kepada Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan. Walaupun Falsafah Pendidikan Islam ini sudah lama diperkenalkan, namun ia sebenarnya telah merentas kurikulum Pendidikan Islam sehingga alaf ke-21. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana Falsafah Pendidikan Islam ini merentas kurikulum alaf ke-21 menerusi pendekatan dan kaedah pelaksanaan pendidikan Islam terhadap pelajar mengikut tuntutan teknologi masa kini ataupun sekadar menerusi kaedah ‘Chalk and Talk’. Selain itu, kajian ini juga melihat adakah Falsafah Pendidikan Islam ini menyahut cabaran dan saranan KPM dalam melaksanakan e-Pembelajaran terhadap semua lapisan pelajar selaras dengan matlamat pencapaian Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Kajian ini menggunakan kaedah analisis tuntutan KPM terhadap pelaksanaan program-program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah yang mempunyai pelajar beragama Islam seperti Kem Bestari Solat (KBS), Kem Kecemerlangan Jawi (KCJ), e- Pelaporan j-QAF, pelaksanaan ujian Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) dan program FrogVLE. Kajian ini mendapati bahawa pendekatan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi program-program tersebut merupakan satu wadah dan pemancu kepada perkembangan teknologi dalam pendidikan seterusnya merentas kurikulum Pendidikan Islam alaf ke-21. Pendekatan dan usaha yang digunakan oleh KPM terhadap pendidik di Malaysia dengan memberikan sebuah tablet dan sebuah Smartphone untuk setiap orang pendidik serta membekalkan beberapa dongles dan wifi di setiap sekolah adalah satu usaha dalam memastikan Falsafah Pendidikan Islam gemilang pada alaf ke 21. Kajian ini membuktikan bahawa pelaksanaan Pendidikan Islam di setiap sekolah sangat relevan dalam melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu seterusnya melahirkan sebuah negara yang aman dan harmoni.

Item Type: Proceedings
Keyword: Falsafah Pendidikan Islam , Kurikulum alaf ke-21
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Jul 2022 11:40
Last Modified: 19 Jul 2022 08:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33018

Actions (login required)

View Item View Item