Ciri-ciri dan perkhidmatan rumah bot sebagai tarikan pelancongan di Tasik Kenyir, Terengganu

Jabil Mapjabil and Nurul Fatehah Abdul Rashid and Mazdi Marzuki and Mohamad Pirdaus Yusoh and Jeannet Stephen and Datu Razali Datu Eranza and Nor-Ina Kanyo and Christina Andin and Noorziah Mohd Salleh and Rosmiza M.Z. (2021) Ciri-ciri dan perkhidmatan rumah bot sebagai tarikan pelancongan di Tasik Kenyir, Terengganu. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management (JTHEM), 6. pp. 71-86. ISSN 0128-178X

[img] Text
Ciri-ciri dan perkhidmatan rumah bot sebagai tarikan pelancongan di Tasik Kenyir, Terengganu.pdf
Restricted to Registered users only

Download (710kB) | Request a copy
[img] Text
Ciri-ciri dan perkhidmatan rumah bot sebagai tarikan pelancongan di Tasik Kenyir, Terengganu _ABSTRACT.pdf

Download (59kB)

Abstract

Rumah bot adalah salah satu tarikan pelancongan di Tasik Kenyir, Terengganu. Ciri-ciri yang unik dan ciri perkhidmatan yang dtawarkan tidak banyak didokumentasi sebagai hasil penyelidikan. Hal ini mendorong kajian tentang rumah bot dilakukan. Untuk itu, objektif kajian ini adalah (i) mengenal pasti ciri-ciri rumah bot sebagai tarikan pelancongan di Tasik Kenyir dan (ii) meneliti ciri-ciri perkhidmatan yang ditawarkan oleh rumah bot kepada pelancong yang berkunjung ke Tasik Kenyir. Reka bentuk kajian ini adalah eksplorasi dan pendekatan yang diguna adalah kaedah kualitatif menerusi temu bual mendalam disokong dengan pemerhatian. Seramai lapan orang informan daripada kalangan pengusaha dan pekerja rumah bot terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati ciri-ciri rumah bot adalah unik kerana mempunyai kemudahan yang lengkap seperti yang terdapat dalam sebuah rumah. Antara kemudahan yang disediakan adalah ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas / bilik air, ruang babeque dan jaket keselamatan. Untuk ciri perkhidmatan rumah bot pula melibatkan jenis pakej yang disediakan, harga sewaan, mod tempahan dan tempoh tempahan termasuk kaedah pembayaran perkhidmatan rumah bot. Sebagai rumusannya, kajian fundamental tentang rumah bot sebagai tarikan pelancongan di Tasik Kenyir ini adalah relevan untuk tujuan dokumentasi dan rujukan pelbagai pihak sama ada pembuat dasar, pengusaha rumah bot mahupun penyelidik.

Item Type: Article
Keyword: Rumah bot , Ciri-ciri , Perkhidmatan , Tarikan pelancongan , Tasik Kenyir
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 08 Jul 2022 16:51
Last Modified: 08 Jul 2022 16:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33034

Actions (login required)

View Item View Item