Visibiliti integrasi sistem infrastruktur dan kesalinghubungan kebertanggungjawaban universiti dalam konteks menjana kelestarian persekitaran pembelajaran kondusif kampus bertaraf antarabangsa

Irma Wani Othman and Mohd Sohaimi Esa and Romzi Ationg and Mohd Azri Ibrahim and Siti Aidah Lukin @ Lokin and Jais Abdul Hamid (2021) Visibiliti integrasi sistem infrastruktur dan kesalinghubungan kebertanggungjawaban universiti dalam konteks menjana kelestarian persekitaran pembelajaran kondusif kampus bertaraf antarabangsa. International Journal of Law, Government and Communication, 6. pp. 23-41. ISSN 0128-1763

[img] Text
Visibiliti integrasi sistem infrastruktur dan kesalinghubungan kebertanggungjawaban universiti .ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Visibiliti integrasi sistem infrastruktur dan kesalinghubungan kebertanggungjawaban universiti.pdf
Restricted to Registered users only

Download (312kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini membahaskan visibiliti integrasi infrastruktur dan kesalinghubungan kebertanggungjawaban universiti dalam konteks menjana kelestarian persekitaran pembelajaran berkondusif kampus bertaraf antarabangsa di Universiti Awam (UA) Malaysia. Kelestarian persekitaran pembelajaran kondusif membuktikan komitmen pengurusan universiti dalam merealisasi dasar pengantarabangsaan negara. Konsep kelestarian persekitaran kondusif berpaksikan fungsi vital dan keberkesanan sistem infrastruktur yang diimplementasi oleh sesebuah universiti. Ia mempunyai kelangsungan dengan sistem sokongan kesejahteraan dan kebajikan yang dijadikan faktor penarik pemilihan Malaysia sebagai destinasi pengajian golongan pelajar antarabangsa. Secara ideal, penyediaan infrastruktur universiti merangkumi tiga komponen, (a) infrastruktur pembelajaran dan pengajaran, (b) infrastruktur Informasi Teknologi (IT), dan (c) infrastruktur penyelidikan. Kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu (1) menerokai pandangan pelajar antarabangsa berhubung kelestarian sistem infrastruktur di UA Malaysia dan (2) menilai pandangan pelajar berhubung tanggungjawab UA Malaysia menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif bagi menaiktarafkan status sebagai kampus bertaraf antarabangsa. Pendekatan kualitatif yang menggunakan teknik temu bual mendalam dipilih berdasarkan latar belakang kajian yang berbentuk penerokaan. Seramai 30 orang pelajar antarabangsa yang berada dalam pengajian di empat UA Malaysia ditemu ramah bagi memperoleh data empirikal. Pengaplikasian teknik tematik ke atas transkripsi temu bual mendalam berkenaan melalui proses pengekodan tema dominan dan subdominan. Perbincangan kertas kerja ini mengutilasikan seleksi naratif dari responden kajian yang bertumpu kepada tiga tema dominan iaitu (i) Kemudahan Prasarana dan Infrastruktur (ii) Perkhidmatan Mesra Pelanggan Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa dan (iii) Jaminan Keselamatan Pelajar Antarabangsa di Universiti Awam Malaysia. Perbincangan ini diharap mampu memartabatkan imej serta kualiti universiti awam Malaysia agar terus memberi komitmen dalam menarik lebih ramai kehadiran pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian ke Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Integrasi infrastruktur , Bertanggungjawaban universiti , Kelestarian persekitaran , Pembelajaran berkondusif , Universiti Awam Malaysia
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education > LC215-238.4 Community and the school > LC237-238.4 College-university and the community
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Jul 2022 17:27
Last Modified: 08 Jul 2022 17:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33042

Actions (login required)

View Item View Item