Tiga identiti Komburongo dalam kepercayaan tradisional etnik Tobilung di Sabah

Ick Ellyrenzine Linsap and Low, Kok On (2021) Tiga identiti Komburongo dalam kepercayaan tradisional etnik Tobilung di Sabah. Gendang Alam, 11. pp. 161-178. ISSN 2180-1738

[img] Text
Tiga identiti Komburongo dalam kepercayaan tradisional etnik Tobilung di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (745kB)
[img] Text
Tiga identiti Komburongo dalam kepercayaan tradisional etnik Tobilung di Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (60kB)

Abstract

Sebahagian kecil daripada etnik Tobilung yang menetap di daerah Kota Belud, Sabah masih pegang kepada kepercayaan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun. Mereka percaya kepada pelbagai jenis semangat baik dan jahat. Salah satu semangat baik yang dipercayai mereka ialah komburongo, iaitu subjek kajian ini. Permasalahan yang timbul adalah komburongo mempunyai tiga identiti yang berbeza, iaitu sebagai sejenis tumbuhan, sebagai alat ritual dan sebagai semangat pembantu. Tanpa memahami ketiga-tiga identiti ini, maka seseorang tidak memahami kaitan antara ketiga-tiganya. Oleh itu, tulisan ini memberi tumpuan menganalisis ketiga-tiga identiti komburongo yang berkait dengan kepercayaan turun-temurun etnik Dusun Tobilung. Bagi mengumpul data kajian, kerja lapangan telah dijalankan di enam buah kampung yang didiami oleh etnik Dusun Tobilung. Kajian ini berasaskan prinsip grounded theory. Data kajian yang berkait dengan kepercayaan etnik Tobilung terhadap komburongo dianalisis secara interprestasi dan disokong oleh bahan kajian yang lepas. Hasil analisis mendapati komburongo mempunyai tiga identiti yang berbeza namun saling berkait, iaitu sebagai sejenis tumbuhan (jerangau), alat ritual dan semangat pembantu. Hasil analisis juga mendapati komburongo memainkan pelbagai fungsi dalam kepercayaan etnik Dusun Tobilung. Mereka memohon bantuan daripada semangat komburongo untuk menyelesaikan masalah kerohanian dan fizikal. Kajian ini penting bagi menonjolkan identiti komburongo dan juga kaitannya dengan kepercayaan turun-temurun etnik Tobilung.

Item Type: Article
Keyword: Etnik Tobilung , Identiti komburongo , Tumbuhan , Alat ritual , Semangat pembantu
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 12 Jul 2022 08:14
Last Modified: 12 Jul 2022 08:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33062

Actions (login required)

View Item View Item