Saintifisme Islam dan paradigma Barat: Kecaknaan terhadap komunikasi komparatif

Saifulazry Mokhtar and Kasoma Thia (2021) Saintifisme Islam dan paradigma Barat: Kecaknaan terhadap komunikasi komparatif. Jiwa merdeka: Isu dan persoalan Sabah. pp. 121-129.

[img] Text
Saintifisme Islam dan paradigma Barat, Kecaknaan terhadap komunikasi komparatif.ABSTRACT.pdf

Download (51kB)
[img] Text
Saintifisme Islam dan Paradigma Barat, Kecaknaan terhadap Komunikasi Komparatif.pdf
Restricted to Registered users only

Download (257kB) | Request a copy

Abstract

Komunikasi merupakan antara aset penting dalam pembangunan insan, pembangunan negara dan pembangunan tamadun keseluruhannya. Kepentingannya tidak dapat disangkal sehinggakan ia menjadi medium utama dalam menyebarkan maklumat ke seluruh pelosok dunia. Namun begitu, pelbagai maklumat yang disampaikan itu tidak semestinya betul dan kadang kala ia melencong jauh dari sasarannya. Bagi memastikan ketepatan maklumat yang diterima, disiplin ilmu komunikasi perlulah dikuasai terlebih dahulu sebelum proses komunikasi itu bermula. Ilmu komunikasi ini sering kali dikaji oleh para sarjana Barat sehinggakan timbulnya pelbagai teori yang dicetuskan tersasar jauh dari landasan Islam. Pun begitu, kita masih lagi mempelajari dan berpegang dengannya sehingga mengetepikan prinsip komunikasi yang tercatat dalam Al-Qur’an. Tanpa adanya sarjana Islam yang mendalami ilmu komunikasi ini secara khusus, maka sukarlah bagi kita untuk mengaplikasikan komunikasi Islam dalam kehidupan seharian. Dengan sebab inilah, penulis tertarik untuk menelaah prospek komunikasi Islam berdasarkan ayat-ayat Al-Qur’an, sebagai alternatif kepada paradigma Barat.

Item Type: Chapter In Book
Keyword: Islam , Paradigma Barat , Komunikasi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Jul 2022 08:06
Last Modified: 19 May 2023 10:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33096

Actions (login required)

View Item View Item