Pengaruh kepimpinan pengamal adat kaum Suluk dalam ritual kematian: Satu tinjauan awal di Sandakan

Saifulazry Mokhtar and Romzi Ationg and Nurul Ain Zulhaimi and Nurulasyikin Muda and Abang Mohd Razif Abang Muis and Azlan Syafie Abdullah @ Raymond Majumah and Anna Lynn Abu Bakar (2021) Pengaruh kepimpinan pengamal adat kaum Suluk dalam ritual kematian: Satu tinjauan awal di Sandakan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 217-231. ISSN 0128-1755

[img] Text
Pengaruh kepimpinan pengamal adat kaum Suluk dalam ritual kematian, Satu tinjauan awal Di Sandakan .ABSTRACT.pdf

Download (72kB)
[img] Text
Pengaruh Kepimpinan Pengamal Adat Kaum Suluk Dalam Ritual Kematian, Satu Tinjauan Awal Di Sandakan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (263kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat Suluk sememangnya kaya dengan adat dan ritual mereka tersendiri yang diwarisi secara turun-temurun daripada generasi mereka yang terdahulu menerusi pengamal adat. Adat tradisi ini meliputi beberapa aspek kehidupan harian seperti adat perkahwinan, adat ketika mengandung, adat semasa kelahiran dan juga adat semasa berlaku kematian. Kajian ini akan melihat pengaruh kepimpinan pengamal adat kaum Suluk dalam pengamalan ritual kematian di Sandakan, Sabah yang menjadi darah daging dalam landskap kehidupan mereka. Pengkaji juga turut melihat pantang larang dan pengaruh kepimpinan pengamal adat suku kaum Suluk dalam masyarakat sewaktu berlakunya sesuatu kematian. Kajian ini berbentuk tinjauan yang melibatkan penggunaan instrumen temu bual berstruktur manakala sampel yang dipilih adalah dalam kalangan penduduk yang sering terlibat dengan pengurusan jenazah masyarakat Suluk di Kampung Bokara, Kampung Bahagia dan Kampung Bambangan di Sandakan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua kategori pengaruh kepimpinan pengamal adat suku kaum Suluk dalam adat dan ritual kematian di Sandakan iaitu adat semasa berlakunya kematian dan adat selepas kematian. Adat-adat yang tergolong dalam adat semasa berlakunya kematian termasuklah adat panubingan dan balu-balu, adat memandikan jenazah, adat perasapan, adat mengkafankan jenazah, adat usungan dan adat pengebumian. Bagi adat selepas kematian pula pengkaji menemui lapan adat yang biasa diaplikasikan oleh masyarakat Suluk iaitu adat pantang larang, adat bersedekah, adat memijak abu, adat menyediakan tempat tidur atau kulangan, adat magjaga-jaga, adat menyediakan dulang makanan, adat majlis kenduri dan adat sambutan hari kematian. Hasil kajian ini dapat memberikan gambaran kepada masyarakat multietnik bahawa terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan adat kematian antara satu kaum dengan kaum yang lain khususnya di negeri Sabah.Walaupun berada di era globalisasi, namun pengaruh kepimpinan pengamal adat kaum Suluk masih mendominasi adat dan ritual kematian mengikut tradisi dan amalan turun temurun.

Item Type: Article
Keyword: Pengaruh kepimpinan , Pengamal adat , Ritual kematian , Masyarakat Suluk Sandakan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 20 Jul 2022 11:00
Last Modified: 20 Jul 2022 11:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33110

Actions (login required)

View Item View Item