Saifulazry Mokhtar and Irma Wani Othman and Mohd Azri Ibrahim and Mohd Sohaimi Esa and Azlan Syafie Abdullah @ Raymond Majumah and Muhammad Safuan Yusoff and Romzi Ationg (2021) Implementasi kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan: Satu tinjauan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 202-216. ISSN 0128-1755
Text
Implementasi kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan.ABSTRACT.pdf Download (53kB) |
|
Text
Implementasi Kepimpinan Transformasi Dalam Kalangan Pentadbir Sekolah Di Daerah Sandakan, Satu Tinjauan.pdf Restricted to Registered users only Download (261kB) | Request a copy |
Abstract
Kepimpinan transformasi merupakan salah satu bentuk kepimpinan yang boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja termasuklah pentadbir sekolah. Pentadbir perlu bijak dalam menentukan bentuk dan gaya kepimpinan yang digunakan dalam organisasinya kerana kepimpinan merupakan kayu ukur kepada kejayaan sesebuah organisasi. Kajian ini bertujuan untuk melihat implementasi kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan dalam menentukan hala tuju sekolah selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 180 orang responden yang terdiri daripada pentadbir sekolah di daerah Sandakan. Sampel kajian dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik menerusi google form. Hasil kajian mendapati tahap implementasi kepemimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan adalah tinggi iaitu memperolehi nilai purata 4.16. Pentadbir sekolah di daerah Sandakan menerapkan elemen implementasi kepimpinan transformasi dalam pentadbiran organisasi di sekolah dan ia dapat diterima baik oleh warga sekolah. Kajian ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada pentadbir sekolah khususnya dalam memacu sekolah selaras dan sejajar dengan pendidikan di era globalisasi ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Implementasi kepimpinan , Kepimpinan , Kepimpinan transformasi , Pentadbir sekolah |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 20 Jul 2022 11:05 |
Last Modified: | 20 Jul 2022 11:05 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33115 |
Actions (login required)
View Item |