Signifikasi keunikan diversiti budaya masyarakat majmuk disulami keharmonian, disantuni perpaduan sebagai nilai tambah kepercayaan keluarga dan pemangkin diaspora pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian ke Malaysia

Irma Wani Othman and Muhammad Safuan Yusoff and Mohd Kamal Mohd Shah and Saifulazry Mokhtar and Abang Mohd. Razif Abang Muis and Syamsul Azizul Marinsah and Mazdi Marzuki (2021) Signifikasi keunikan diversiti budaya masyarakat majmuk disulami keharmonian, disantuni perpaduan sebagai nilai tambah kepercayaan keluarga dan pemangkin diaspora pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian ke Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 6. 01-28. ISSN 0128-164X

[img] Text
Signifikasi keunikan diversiti budaya masyarakat majmuk disulami keharmonian, disantuni perpaduan sebagai nilai tambah kepercayaan keluarga..ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
SIGNIFIKASI KEUNIKAN DIVERSITI BUDAYA MASYARAKAT MAJMUK DISULAMI KEHARMONIAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (478kB) | Request a copy

Abstract

Latar belakang Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa, agama, dan dilimpahi dengan kekayaan budaya yang wujud hasil dari keunikan masyarakat majmuk, merupakan aset vital pemangkin diaspora pelajar antarabangsa. Manakala pemilihan destinasi pengajian turut dipengaruhi secara signifikan oleh struktur sosial seseorang individu. Tuntasnya, kertas kerja ini memberi kefahaman berhubung signifikasi multi budaya dan konsensus keluarga sebagai sandaran pembuatan keputusan belajar ke luar negara. Pelibatan empat buah universiti awam ditentukan berdasarkan klasifikasi dan status universiti, latar belakang sejarah penubuhan universiti, persekitaran sosio politik serta populasi pelajar antarabangsa yang berdaftar di setiap satu universiti berkenaan. Kaedah temu bual mendalam dilakukan ke atas 40 pelajar antarabangsa telah menghasilkan data empirikal, seterusnya diproses secara analisis induktif. Transkripsi rakaman audio ditukarkan ke dalam bentuk teks bagi pengkategorian tema melalui proses pengekodan. Hasil dapatan membuktikan keputusan memilih Malaysia bukanlah semata-mata dipengaruhi oleh multi budaya masyarakat majmuk. Keunikan diversiti budaya Malaysia yang disulami dengan keharmonian dan disantuni oleh perpaduan telah memberi nilai tambah kepercayaan keluarga serta diri pelajar sendiri dalam menangani proses asimilasi persekitaran baru yang berbeza dari negara asal. Penemuan baru sumbangan kajian ini merujuk perkaitan di antara tema budaya dengan keseronokan mengembara, peluang mendalami budaya tempatan dan persekitaran pembelajaran kondusif sebagai elemen dominan menguji kemampuan pelajar beradaptasi dengan baik dalam sebuah persekitaran asing. Pendekatan kertas kerja ini mengutilasi data empirikal sebagai asas perbincangan. Pengaplikasian seleksi naratif dialog asal yang dipetik dari informan kajian, dipersembahkan bagi memberi gambaran sebenar pengalaman asimilasi pelajar antarabangsa. Kesalinghubungan tersebut turut boleh dimanfaatkan sebagai garis panduan pengurusan universiti agar peka terhadap implikasi multi budaya dan konsensus keluarga terhadap keputusan pengajian pelajar ke luar negara.

Item Type: Article
Keyword: Universiti awam Malaysia , Pelajar antarabangsa , Multi budaya , Keluarga , Keputusan belajar luar negara
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education > LA173-186 Higher education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Jul 2022 14:30
Last Modified: 14 Jul 2022 14:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33117

Actions (login required)

View Item View Item