Literasi undang-undang sinonim kemandirian jati diri mahasiswa dalam lanskap politik kampus: Pemacu generasi muda berjiwa besar dan tinggi karisma kepimpinan

Irma Wani Othman and Mohd Azri Ibrahim and Mohd Sohaimi Esa and Romzi Ationg and Saifulazry Mokhtar and Budi Anto Mohd Tamring and Sharifah Darmia Sharif Adam (2021) Literasi undang-undang sinonim kemandirian jati diri mahasiswa dalam lanskap politik kampus: Pemacu generasi muda berjiwa besar dan tinggi karisma kepimpinan. International Journal of Law, Government and Communication, 6. pp. 215-242. ISSN 0128-1763

[img] Text
Literasi undang-undang sinonim kemandirian jati diri mahasiswa dalam lanskap politik kampus.ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
LITERASI UNDANG-UNDANG SINONIM KEMANDIRIAN JATI DIRI MAHASISWA DALAM LANSKAP POLITIK KAMPUS, PEMACU GENERASI MUDA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (374kB) | Request a copy

Abstract

Perjuangan politik generasi muda di Malaysia berevolusi semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sedasawarsa menyaksikan literasi undang-undang dan penyertaan mahasiswa dalam lanskap politik kampus melahirkan golongan generasi muda berjiwa besar dan tinggi karisma kepimpinan, terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia. Objektif kajian ini adalah serampang dua mata iaitu (i) merungkai tafsiran berhubung nilai positif, semangat dan jati diri, bilamana mahasiswa didedahkan dengan keupayaan meningkatkan kemandirian dalam konteks penyertaan politik kampus, dan (ii) meneliti sumbangan kejayaan yang berterusan mahasiswa berjiwa besar dan tinggi karisma kepimpinan dalam aspek pembangunan politik negara pada hari ini. Modus operandi penyelidikan ini dilaksanakan dengan mengutilasikan kaedah kualitatif temu bual mendalam terhadap 24 pelajar dari program pengajian perundangan di empat buah universiti awam Malaysia. Hasil kajian yang digarapkan melalui seleksi temu bual responden mendapati bahawa corak penyertaan mahasiswa dalam lanskap politik kampus, jika digariskan dengan objektif tertentu, berjaya berperanan sebagai medium menyuarakan kehendak dan keprihatinan berhubung isu-isu berkaitan masyarakat menara gading. Walaupun begitu penglibatan arena politik oleh pelajar adalah tertakluk kepada rang undang-undang yang telah pun termaktub di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971), Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. Dua penemuan baru dikemukakan iaitu (i) kebebasan berpolitik yang diberikan kepada mahasiswa di negara ini perlu dimanfaatkan sebaiknya, terutama dalam melahirkan golongan muda berjiwa besar dan (ii) kebebasan berpolitik dilihat mampu membantu mencorak aspek kepimpinan terutama di peringkat universiti dan mereka yang berkarisma dan berkredibiliti dapat memacu pembentukan negara ke arah lebih baik tidak kira daripada segi politik, ekonomi dan sosial.

Item Type: Article
Keyword: Literasi undang-undang , Kemandirian jati diri , Politik kampus , Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 , AUKU 1971 , Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3602-3640 School life. Student manners and customs
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1090-1091 Political education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 20 Jul 2022 11:54
Last Modified: 20 Jul 2022 11:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33141

Actions (login required)

View Item View Item