Kadar infestasi ektoparasit pada tikus di Anjung Selera

Siti Zawiyah Bidin (2005) Kadar infestasi ektoparasit pada tikus di Anjung Selera. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000452.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian kadar infestasi ektoparasit pada tikus telah dilakukan di Anjung Selera dan kawasan perumahan pangsa di Teluk Likas, Kota Kinabalu. Kajian ini mula dilakukan dari bulan Ogos 2004 sehingga Januari 2005. Sejumlah tiga puluh dua ekor individu yang ditangkap, 29 daripadanya adalah tikus dan tiga lagi adalah cencurut ' shrew'. Kadar infestasi secara keseluruhan ialah sebanyak 90.63%. Tikus yang ditangkap merangkumi famili Muridae dan Soricidae. Di mana terbahagi kepada enam spesies tikus dan satu spesies cencurut ' shrew' . Daripada 32 ekor tikus yang ditangkap, hanya dua puluh sembilan diinfestasi oleh ektoparasit. Di mana tiga kumpulan ektoparasit telah dikenalpasti iaitu pinjal, tungau dan kutu. Kadar infestasi tungau adalah tinggi pada Rattus rattus. Kajian ini juga mendapati spesies ektoparasit Echinolaelaps sp menginfestasi semua spesies tikus, manakala Xenopsylla sp hanya terdapat pada spesies Rattus tiomanicus jalorensis. Daripada analisis statistik iaitu bukan berparameter (Ujian U Mann- Whitney), didapati terdapat perbezaan signifikan bagi min populasi ektoparasit berdasarkan jantina tikus (P<0.05), manakala tidak terdapat perbezaan signifikan bagi min populasi ektoparasit berdasarkan plot kawasan kajian (P>0.05).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Rats, Ectoparasites infestation, Anjung Selera, Teluk Likas, Kota Kinabalu
Subjects: Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL360-599.82 Invertebrates
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 27 Jan 2012 10:24
Last Modified: 23 Oct 2017 08:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3325

Actions (login required)

View Item View Item