Kebolehpercayaan dan kesahan ujian penaakulan statistik menggunakan Model Pengukuran Rasch

Siti Shahirah Saidi and Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (2019) Kebolehpercayaan dan kesahan ujian penaakulan statistik menggunakan Model Pengukuran Rasch. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 20. pp. 209-224. ISSN 1511-6530

[img] Text
Kebolehpercayaan dan kesahan ujian penaakulan statistik menggunakan Model Pengukuran Rasch.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Kebolehpercayaan dan kesahan ujian penaakulan statistik menggunakan Model Pengukuran Rasch _ABSTRACT.pdf

Download (63kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai kebolehpercayaan dan kesahan instrumen Ujian Penaakulan Statistik (UPS) dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch. UPS dibangunkan oleh penyelidik untuk menilai penaakulan statistik murid dalam topik deskriptif statistik dalam kalangan murid Tingkatan Empat Sains di sekolah luar bandar. UPS merupakan ujian yang terdiri daripada 12 item yang merangkumi soalan subjektif dan terbuka. Penaakulan statistik murid dinilai berdasarkan empat konstruk berikut: Menjelaskan Data, Menyusun Data, Mewakili Data, dan Menganalisis dan Menafsirkan Data. Sampel terdiri daripada 115 (76%) perempuan dan 36 (24%) lelaki berusia 15-16 tahun dari sebuah daerah luar bandar di Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya, UPS mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach alpha (KR-20) sebanyak 0.81. Keputusan juga menunjukkan bahawa UPS mempunyai kebolehpercayaan item yang sangat baik dan nilai pengasingan item yang tinggi masing-masing sebanyak 0.99 dan 9.57. UPS juga mempunyai kebolehpercayaan responden yang baik dan nilai pengasingan responden masing-masing sebanyak 0.81 dan 2.04. Sementara itu, kesahan UPS dinilai berdasarkan kesesuaian item (item fit), kesesuaian responden (person fit), dan unidimensionaliti. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa UPS adalah instrumen yang boleh dipercayai dan sah untuk mengukur penaakulan statistik murid Tingkatan Empat Sains di sekolah menengah luar bandar, Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Kebolehpercayaan , Kesahan , Penaakulan statistik , Model pengukuran Rasch , Data rintis
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 16 Jul 2022 18:17
Last Modified: 16 Jul 2022 18:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33259

Actions (login required)

View Item View Item