Signifikan kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) dalam pembentukan akhlak dan moral di Universiti Malaysia Sabah

Syamsul Azizul Marinsah and Habibah @ Artini Ramlie and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Irma Wani Othman (2022) Signifikan kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) dalam pembentukan akhlak dan moral di Universiti Malaysia Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 7. pp. 127-136. ISSN 0128-164X

[img] Text
Signifikan kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) dalam pembentukan akhlak dan moral di Universiti Malaysia Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (305kB) | Request a copy
[img] Text
Signifikan kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) dalam pembentukan akhlak dan moral di Universiti Malaysia Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (61kB)

Abstract

Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan salah satu kursus generik yang wajib diambil oleh para mahasiwa di seluruh IPT Malaysia bermula pada sesi pengambilan 2019/2020. Sehubungan itu, pelaksanaan kursus FIS di peringkat institusi pengajian tinggi adalah sangat signifikan dan relevan dalam konteks dunia hari ini yang semakin meruncingkan terutamanya dalam aspek akhlak dan moral manusia. Pengabaian kepada kursus ini menyebabkan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam membentuk insaniah dan sahsiah yang holistik bagi semua pelajar IPT tidak tercapai. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis elemen-elemen pembentukan akhlak dan moral dalam modul pengajian kursus FIS yang dilaksanakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini termasuk dalam penelitian kualitatif. Justeru, kajian ini menggunakan reka bentuk analisis dokumen yang terdiri daripada modul FIS, jurnal dan tinjauan artikel berkaitan pembentukan akhlak dan moral. Hasil kajian mendapati wujud beberapa elemen yang mampu menyumbang ke arah pembentukan akhlak dan moral dalam modul pengajian kursus FIS yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah iaitu psikologi dan sosiologi, falsafah agama dan falsafah etika.

Item Type: Article
Keyword: Falsafah dan isu semasa , Pembentukan akhlak , Moral , UMS
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 16 Jul 2022 18:28
Last Modified: 16 Jul 2022 18:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33266

Actions (login required)

View Item View Item