Ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah: Analisis dari perspektif hukum Islam

Syamsul Azizul Marinsah and Asmiaty Amat and Aishah Tamby Omar (2020) Ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah: Analisis dari perspektif hukum Islam. MANU, 31. pp. 73-95. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)

[img] Text
Ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah_ Analisis dari perspektif hukum Islam.pdf
Restricted to Registered users only

Download (429kB)
[img] Text
Ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah_ Analisis dari perspektif hukum Islam _ABSTRACT.pdf

Download (58kB)

Abstract

Masyarakat Bajau merupakan salah satu etnik yang terbesar di Sabah. Majoritinya adalah beragama Islam. Mereka boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok, iaitu etnik Bajau dari pantai timur dan etnik Bajau dari pantai barat Sabah. Masyarakat Bajau kaya dengan pelbagai khazanah warisan silam, sama ada dalam bentuk kebendaan mahupun bukan kebendaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan ritual perubatan tradisional etnik Bajau di Sabah menurut perspektif Islam sama ada selari dengan tuntutan syariat Islam ataupun sebaliknya. Kajian ini berfokus kepada ritual perubatan tradisional magombo’ bagi etnik Bajau dari pantai timur dan ritual ngalai untuk etnik Bajau dari pantai barat Sabah. Populasi kajian terdiri daripada etnik Bajau yang terletak di Semporna dan Kota Belud. Pemilihan kawasan kajian ini adalah kerana majoriti etnik Bajau mendiami kawasan berkenaan. Pendekatan kualitatif dengan kaedah pemerhatian, temu bual dan dokumentasi telah digunakan untuk kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa dalam ritual perubatan tradisional magombo’ dan ngalai, terdapat elemen-elemen yang bercanggah dengan hukum Islam yang menyebabkan ritual perubatan tradisional ini termasuk dalam kategori ‘urf fasid dalam hukum Islam.

Item Type: Article
Keyword: Ritual perubatan tradisional , Magombo’ , Ngalai , Urf fasid , Syariah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General)
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 19 Jul 2022 11:59
Last Modified: 19 Jul 2022 11:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33360

Actions (login required)

View Item View Item