Pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Phaiaenopsis Gigantea pada media xer yang mempunyai sumber karbon dan kepekatan arang teraktif yang berbeza

Nurul Liyana Khalil (2007) Pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Phaiaenopsis Gigantea pada media xer yang mempunyai sumber karbon dan kepekatan arang teraktif yang berbeza. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000469.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan sumber karbon yang berbeza dan kepekatan arang teraktif yang berbeza terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Phalaenopsis gigantea. Protokom yang dipilih adalah peringkat pertumbuhan orkid yang keempat iaitu protokom dengan satu daun. Protokom satu daun ini diletakkan ke dalam media asas Experimental Ernst Robert (XER). Terdapat 12 jenis rawatan berbeza yang mengandungi kombinasi tiga sumber karbon berbeza iaitu fruktosa, ekstrak kentang dan ubi manis dengan empat jenis kepekatan arang teraktif berbeza (0 g/L, 1 g/L, 3 g/L, dan 5 g/L). Pertumbuhan protokom telah diperhatikan selama 100 hari. Selepas 100 hari, kajian mendapati media rawatan fruktosa dan 1 g/L arang teraktif mencatatkan pertumbuhan protokom dengan empat daun sebanyak 5%, 15% tiga daun tanpa akar, 10% dua daun satu akar dan 60% dua daun tanpa akar. Namun media ubi manis dan 5 g/L arang teraktif hanya mencatatkan 33.33% protokom dengan dua daun tanpa akar. Analisis ANOV menunjukkan tiada perbezaan signifikan terhadap pertumbuhan protokom ini di antara media yang berlainan (p>0.05).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Orchid, Phalaenopsis gigantea, Carbon source
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB354-402 Fruit and fruit culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 19 Jan 2012 17:15
Last Modified: 23 Oct 2017 08:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3350

Actions (login required)

View Item View Item