Pencirian keberintangan geo-elektrik dan potensi aquifer Formasi Ganduman di Semenanjung Dent, Lahad Datu, Sabah

Hardianshah Saleh and Abdul Rahim Samsudin and Sanudin Tahir and Baba Musta (2018) Pencirian keberintangan geo-elektrik dan potensi aquifer Formasi Ganduman di Semenanjung Dent, Lahad Datu, Sabah. Warta Geologi, 44 (2). pp. 31-38. ISSN 0126-5539 (P-ISSN) , 2682-7549 (E-ISSN)

[img] Text
Pencirian keberintangan geo-elektrik dan potensi aquifer Formasi Ganduman di Semenanjung Dent, Lahad Datu, Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Pencirian keberintangan geo-elektrik dan potensi aquifer Formasi Ganduman di Semenanjung Dent, Lahad Datu, Sabah..pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian keberintangan geo-elektrik telah dijalankan di kawasan batuan Formasi Ganduman yang merupakan sebahagian daripada batuan sedimen Kumpulan Dent di kawasan Semenanjung Dent, Lahad Datu, Sabah. Sebanyak 27 stesen keberintangan duga dalam (Vertical Electrical Sounding, VES) dengan menggunakan tatarajah Sclumberger telah di ukur bagi menentukan perlapisan bahan bumi dan potensi akuifer formasi ini. Teknik duga dalam melibatkan dua elektrod bagi mengukur potensi (P1 dan P2) dan dua elektrod bagi mengukur arus (C1 dan C2) yang disusun secara linear dengan jarak maksimum elektrod arus adalah 500m dan anggaran kedalaman penembusan sekitar 100m. Hasil survei VES menunjukkan, Formasi Ganduman mempunyai dua corak lengkung keberintangan geo-elektrik yang dominan terdiri daripada lengkung keberintangan jenis HK dan jenis H. Kesemua data anggaran keberintangan ini kemudiannya diproses dengan menggunakan perisian PROGRESS 3.0 bagi menghasilkan log keberintangan menegak dengan ketebalan lapisan untuk setiap stesen survei. Hasil analisis menunjukkan lapisan dominasi dan lapisan dominasi lempung menjadi bahan asas pembentukan Formasi Ganduman. Formasi ini ditafsirkan sebagai selang lapis pasir dan lempung daripada bahagian atas sehingga bawah lapisan dengan pembentukan kekanta batu kapur pada kedalaman tertentu. Zon dominasi pasir dan lempung ini mampu membentuk akuifer terkekang atau semi terkekang dalam Formasi Ganduman.

Item Type: Article
Keyword: Akuifer , Teknik duga dalam menegak , Keberintangan , Formasi Ganduman
Subjects: T Technology > TN Mining engineering. Metallurgy > TN1-997 Mining engineering. Metallurgy > TN263-271 Mineral deposits. Metallic ore deposits. Prospecting
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Jul 2022 11:10
Last Modified: 23 Jul 2022 11:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33508

Actions (login required)

View Item View Item