Kesediaan murid Generasi-Z di SMK Badin Tuaran dalam pembelajaran Teradun Bahasa Melayu dalam era Covid-19

Miriani Paidal and Roslee Talip (2022) Kesediaan murid Generasi-Z di SMK Badin Tuaran dalam pembelajaran Teradun Bahasa Melayu dalam era Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7. pp. 1-15. ISSN 2504-8562

[img] Text
Kesediaan murid Generasi-Z di SMK Badin Tuaran dalam pembelajaran Teradun Bahasa Melayu dalam era Covid-19.pdf

Download (43kB)
[img] Text
Kesediaan murid Generasi-Z di SMK Badin Tuaran dalam pembelajaran Teradun Bahasa Melayu dalam era Covid-191.pdf
Restricted to Registered users only

Download (370kB)

Abstract

Krisis Pandemik COVID-19 telah mencetuskan suatu norma baharu terhadap gaya pembelajaran konvensional. Keadaan ini telah mendesak suatu gaya pembelajaran yang dirasakan sesuai iaitu Pembelajaran Teradun. Pembelajaran Teradun merupakan penerapan gabungan teknologi e-pembelajaran dengan pembelajaran bersemuka yang dikenali sebagai Pembelajaran Teradun. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan murid Generasi-Z (Gen-Z) SMK Badin Tuaran dalam Pembelajaran Teradun bahasa Melayu. Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini melalui edaran instrumen soal selidik atas talian dengan lima Skala Likert. Kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alfa Cronbach (α) 0.795. Seramai 126 orang responden yang terdiri daripada murid Tingkatan 4 SMK Badin Tuaran, Sabah terlibat sebagai responden kajian. Data dianalisis menggunakan program SPSS 27.0 dengan menumpukan kepada analisis statistik deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kesediaan murid dalam pembelajaran bahasa Melayu di Internet berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.46. Manakala tahap kesediaan murid bagi Pembelajaran Teradun bahasa Melayu pula berada pada tahap tinggi (M=3.82). Keadaan ini menjelaskan bahawa kajian berkaitan Pembelajaran Teradun perlu lebih giat dijalankan pada masa akan datang kerana gaya pembelajaran ini dapat mengisi ruang kelompangan dalam kekangan pembelajaran bersemuka semasa krisis dan juga bencana.

Item Type: Article
Keyword: Bahasa Melayu , Pembelajaran Teradun , Murid Gen-z , e-pembelajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 02 Aug 2022 15:35
Last Modified: 02 Aug 2022 15:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33638

Actions (login required)

View Item View Item