Analisis semiotik watak dalam filem "terbaik dari langit"

M Fazmi Hisham and Zairul Anuar Md Dawam and Imelda Ann Achin (2019) Analisis semiotik watak dalam filem "terbaik dari langit". International Journal of Heritage, Art and Multimedia, 2. pp. 124-144. ISSN 2600-8262

[img] Text
Analisis semiotik watak dalam filem Terbaik dari langit.ABSTRACT.pdf

Download (56kB)
[img] Text
Analisis semiotik watak dalam filem terbaik dari langit.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini menganalisis sistem tanda dan penanda yang membawa makna dalam aspek watak dan perwatakan dalam filem. Filem Terbaik Dari Langit yang diterbitkan pada tahun 2014 digunakan sebagai bahan kajian. Dalam konteks penelitian ini, filem merupakan sebuah teks yang penuh makna dan multi tafsir yang tersusun dari penanda dan petanda. Ini sesuai dengan gagasan ahli teori semiotik Roland Barthes yang mengembangkan sistem tanda Pierce kepada yang lebih luas iaitu dua tahap signifikasi penanda dan petanda kepada detonasi, konotasi dan mitos. Detonasi adalah apa yang kita lihat melalui gambar/visual/imej. Konotasi pula apa yang kita dapat fikirkan tentang maknanya. Oleh itu pengkaji merumuskan masalah sebagai berikut: bagaimana konstruksi makna dalam filem pilihan dihubungkan dengan analisis watak dan semiotik. Pemilihan adegan-adegan pada watak tertentu dalam filem akan diteliti bagi tujuan mendapatkan sistem tanda yang cuba diketengahkan. Kajian ini mendapati sesebuah filem yang memaparkan naratif hubungan sosial budaya tidak hanya semata-mata sebuah gambar bergerak tetapi banyak melibatkan mesej tertentu yang cuba disampaikan menerusi sistem tanda dan makna. Sistem tanda dan makna ini tidak mudah di perolehi dengan hanya menonton sebuah naratif dan teknik sinematografi semata-mata tetapi perlu berhubungan dengan sosial dan realiti kehidupan manusia. Filem adalah wacana dari realiti masyarakat dan berbeza dari renungan dari realiti di mana filem membentuk dan menghadirkan kembali realiti berdasarkan kod, konvensyen, dan ideologi dari kebudayaan (Sobur, 2009: 128). Karya filem dibangunkan dengan sistem tanda semata-mata yang merupakan simbol-simbol daripada verbal mahu pun non-verbal yang memiliki makna sama ada makna denotatif, mahu pun makna konotatif.

Item Type: Article
Keyword: Watak , Semiotik , Tanda , Penanda , Denotasi , Konotasi
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 Aug 2022 11:27
Last Modified: 09 Aug 2022 11:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33680

Actions (login required)

View Item View Item