Pengaruh pendidikan asas vokasional terhadap kebolehkerjaan murid sekolah menengah harian di Sabah

Ghazali @ Hassan Sulaiman and Abdul Said Ambotang (2017) Pengaruh pendidikan asas vokasional terhadap kebolehkerjaan murid sekolah menengah harian di Sabah. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 26. pp. 211-236. ISSN 1511-1989

[img] Text
pengaruh pendidikan asas vokasional terhadap kebolehkerjaan murid sekolah menengah harian di Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (54kB)
[img] Text
Pengaruh Pendidikan Asas Vokasional terhadap Kebolehkerjaan Murid Sekolah Menengah Harian di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (405kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh Pendidikan Asas Vokasional (PAV) terhadap kebolehkerjaan murid di sekolah menengah harian yang terpilih di Sabah sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian di institusi kemahiran ataupun untuk menyediakan pelajar memasuki alam pekerjaan. Di samping itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap perbezaan kemahiran vokasional, strategi pembelajaran dan kebolehkerjaan dalam kalangan murid PAV, mengenal pasti perbezaan kebolehkerjaan murid PAV berdasarkan demografi dan mengenal pasti pengaruh faktor penyumbang, iaitu kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran terhadap kebolehkerjaan murid PAV. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran adalah sederhana tinggi, manakala tahap kebolehkerjaan dalam kalangan murid PAV adalah tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi kebolehkerjaan murid PAV berdasarkan jantina. Dari segi bangsa dan kursus pula, tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada kebolehkerjaan murid PAV. Dari aspek faktor peramal kajian, mendapati terdapat pengaruh yang signifikan bagi faktor penyumbang kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran terhadap kebolehkerjaan murid PAV. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya penekanan terhadap kebolehkerjaan dalam kalangan murid PAV perlu sentiasa ditingkatkan dan peluang pelajar PAV untuk melanjutkan pengajian di institusi kemahiran yang lebih tinggi diperluaskan, Selain itu, kebolehkerjaan pelajar PAV juga perlu terserlah semasa memasuki pasaran kerjaya untuk menarik minat industri dalam mendapat tenaga kerja yang mempunyai nilai kebolehkerjaan yang tinggi dan kompeten.

Item Type: Article
Keyword: Pendidikan Asas Vokasional , PAV , Kebolehkerjaan , Institusi kemahiran , Kerjaya , Kompeten
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1041-1048 Vocational education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 08:35
Last Modified: 11 Aug 2022 08:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33705

Actions (login required)

View Item View Item