Densiti, cakupan dan pengiktirafan kesatuan sekerja: Analisis kajian lepas

Muzdalifah Jangli and Fazli Abd. Hamid (2018) Densiti, cakupan dan pengiktirafan kesatuan sekerja: Analisis kajian lepas. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 28. pp. 183-197. ISSN 1511-1989

[img] Text
Densiti, cakupan dan pengiktirafan kesatuan sekerja, Analisis kajian lepas .ABSTRACT.pdf

Download (52kB)
[img] Text
Densiti, cakupan dan pengiktirafan kesatuan sekerja,Analisis kajian lepas.pdf
Restricted to Registered users only

Download (265kB) | Request a copy

Abstract

Kajian literatur menunjukkan pelbagai kajian yang dibuat oleh sarjana-sarjana Hubungan Industri tentang pergerakan kesatuan sekerja di seluruh dunia. Pergerakan kesatuan sekerja pastinya mencorakkan sistem hubungan industri. Hal ini demikian kerana kesatuan sekerja merupakan salah satu faktor yang mempunyai matlamat memelihara dan melindungi kebajikan dan kepentingan hak asasi golongan pekerja. Kajian ini menggunakan kaedah analisis sekunder dengan menekankan tiga elemen yang dianggap penting untuk menentukan kekuatan kesatuan sekerja, iaitu densiti kesatuan, cakupan kesatuan dan pengiktirafan kesatuan sekerja. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti elemen utama di antara ketiga-ketiga elemen kekuatan kesatuan sekerja yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Artikel ini mendapati setiap ketiga-tiga elemen ini dikelaskan secara berasingan, sedangkan rangkuman ketiga-tiga ini perlu dibuat kerana kajian tentang kekuatan kesatuan sekerja boleh diterokai dengan lebih jelas dengan menggunakan faktor densiti kesatuan, cakupan dan pengiktirafan kesatuan. Kedua, kajian terkini khasnya yang menekankan tentang cakupan kesatuan masih terhad. Kajian yang menekankan tentang cakupan kesatuan perlu ditekankan kerana mampu mencorakkan solidariti kesatuan sekerja semasa.

Item Type: Article
Keyword: Elemen kekuatan kesatuan sekerja , Densiti kesatuan , Cakupan kesatuan , Pengiktirafan kesatuan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 08:44
Last Modified: 11 Aug 2022 08:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33709

Actions (login required)

View Item View Item