Peranan cuepacs terhadap tuntutan kenaikan gaji anggota Perkhidmatan Awam di Persekutuan Tanah Melayu, 1957–1970

Sharifah Darmia Sharif Adam and Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus (2019) Peranan cuepacs terhadap tuntutan kenaikan gaji anggota Perkhidmatan Awam di Persekutuan Tanah Melayu, 1957–1970. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 29. pp. 1-30. ISSN 1511-1989

[img] Text
Peranan cuepacs terhadap tuntutan kenaikan gaji anggota Perkhidmatan Awam di Persekutuan Tanah Melayu, 1957–1970.ABSTRACT.pdf

Download (97kB)
[img] Text
Peranan cuepacs terhadap tuntutan kenaikan gaji anggota perkhidmatan awam di persekutuan tanah melayu, 1957–1970.pdf
Restricted to Registered users only

Download (370kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini membincangkan peranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Congress of Union of Employees in the Public Services - CUEPACS) dalam usahanya menuntut kenaikan gaji bagi anggota perkhidmatan awam di Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dalam tempoh antara tahun 1957 hingga 1970. Pada tahun 1957, PTM mencapai kemerdekaan dan serentak dengan itu pentadbiran PTM beralih daripada kerajaan kolonial British kepada kerajaan PTM sendiri. Perkhidmatan awam turut mengalami pelbagai perubahan. Namun, gaji yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam didapati tiada perubahan. Anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat selepas merdeka masih menerima gaji yang sama ketika mereka berada di bawah pentadbiran kerajaan kolonial British. Walau bagaimanapun, peningkatan taraf hidup penduduk selepas merdeka telah memberi kesan terhadap anggota perkhidmatan awam kerana peningkatan tersebut tidak selaras dengan jumlah gaji mereka. Pada masa yang sama, kajian ini turut menyentuh peranan CUEPACS mewujudkan persamaan gaji antara anggota wanita dan lelaki dalam perkhidmatan awam. Oleh itu, fokus utama dalam perbincangan ini adalah untuk mengenal pasti tindakan CUEPACS menuntut kenaikan gaji bagi anggota perkhidmatan awam dan persamaan gaji anggota wanita dan lelaki. Kajian ini juga menilai sejauh mana kerjasama antara CUEPACS dan kerajaan PTM dalam usaha meningkatkan kadar gaji anggota perkhidmatan awam di PTM. Maklumat tentang peranan CUEPACS dalam usaha meningkatkan kenaikan dan persamaan gaji anggota perkhidmatan awam di PTM diperoleh daripada Laporan Tahunan CUEPACS, Parliamentary Debate, Pekeliling Perkhidmatan, laporan surat khabar dan penulisan buku. Hasil kajian mendapati bahawa peranan CUEPACS dalam tuntutan kenaikan gaji bukan sahaja telah membolehkan anggota perkhidmatan awam di PTM menikmati kenaikan gaji tetapi juga membolehkan anggota perkhidmatan awam wanita dan lelaki mendapat persamaan gaji.

Item Type: Article
Keyword: CUEPACS , Tuntutan kenaikan gaji , Anggota perkhidmatan awam , Taraf hidup , Persamaan gaji
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 10:54
Last Modified: 11 Aug 2022 10:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33711

Actions (login required)

View Item View Item