Rancangan Malayanisation dalam dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu (1948 hingga 1970)

Sharifah Darmia Sharif Adam (2016) Rancangan Malayanisation dalam dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu (1948 hingga 1970). MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 24. pp. 21-65. ISSN 1511-1989

[img] Text
Rancangan Malayanisation dalam dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu (1948 hingga 1970).ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Rancangan Malayanisation dalam Dasar Pengambilan Kakitangan Awam di Persekutuan Tanah Melayu (1948 hingga 1970).pdf
Restricted to Registered users only

Download (467kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang rancangan Malayanisasi dalam mempengaruhi dasar pengambilan kakitangan awam di Persekutuan Tanah Melayu (PTM) antara tahun 1948 hingga 1970. Perbincangan yang meliputi tempoh selama 22 tahun ini dibahagikan kepada dua tahap, iaitu tahap pertama adalah antara tahun 1948 hingga 1956 yang memperlihatkan tinjauan dibuat ke atas pelaksanaan rancangan Malayanisasi semasa PTM berada di bawah pentadbiran kerajaan kolonial British. Kemudian, tahap kedua pula merangkumi tahun 1957 hingga 1970 yang meninjau berkenaan pelaksanaan rancangan Malayanisasi dalam perkhidmatan awam selepas PTM mencapai kemerdekaan dan berada di bawah pentadbiran kerajaan PTM. Fokus utama dalam perbincangan ini adalah untuk mengenal pasti tindakan dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan kolonial British dan kerajaan PTM untuk melaksanakan rancangan Malayanisasi dalam perkhidmatan awam yang telah meninggalkan kesan besar ke atas dasar pengambilan kakitangan awam di PTM. Hasilnya, rancangan Malayanisasi yang dilaksanakan melalui dasar pengambilan kakitangan awam dalam dua era pentadbiran tersebut didapati telah mempengaruhi peningkatan jumlah kakitangan daripada kalangan warganegara PTM yang dilantik untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Item Type: Article
Keyword: Rancangan Malayanisasi , Warganegara , Kakitangan awam dan perkhidmatan awam
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
J Political Science > JK Political institutions and public administration (United States) > JK1-9993 Political institutions and public administration(United States) > JK1-9593 United States > JK404-1685 Government. Public administration > JK501-868 Executive branch > JK631-868 Civil Service. Departments and agencies
J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 11:34
Last Modified: 11 Aug 2022 11:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33721

Actions (login required)

View Item View Item