Maine Suadik and Fadzilah Majid Cooke and Ramzah Dambul and Jurry Foo (2015) Sumber semula jadi dan kepentingannya terhadap sosioekonomi komuniti pesisir pantai timur Sabah. Jurnal Kinabalu, 21. pp. 1-19. ISSN 2600-867X
Text
Sumber semula jadi dan kepentingannya terhadap sosioekonomi komuniti pesisir Pantai Timur Sabah.ABSRACT.pdf Download (54kB) |
|
Text
Sumber Semula Jadi Dan Kepentingannya Terhadap Sosioekonomi Komuniti Pesisir Pantai Timur Sabah.pdf Restricted to Registered users only Download (358kB) | Request a copy |
Abstract
Persoalan yang sering diutarakan berkait dengan sumber semula jadi pesisir pantai adalah tentang kemampuannya menyumbang kesejahteraan hidup masyarakat. Lazimnya, sumber semula jadi di pesisir bukan sahaja penting dalam menjana peningkatan ekonomi, tetapi juga sebagai sumber makanan, menjadi asas kepada pengukuhan hubungan sosial dan jaringan keselamatan antara penduduk, serta berguna dalam aktiviti penyembuhan penyakit dan ritual tradisional. Justeru, artikel ini membincangkan kepentingan sumber semula jadi di pesisir pantai timur Sabah terhadap kehidupan sosioekonomi masyarakat di kawasan tersebut. Kajian bersifat kualitatif telah dilakukan melalui kaedah temu bual berstruktur menggunakan borang soal selidik terhadap seramai 411 orang responden. Turut dilaksanakan ialah temu bual mendalam (in-depth interview) dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan sumber semula jadi (flora dan fauna) di pesisir pantai timur Sabah sememangnya mempunyai pelbagai kepentingan. Sumber tersebut bukan sahaja berjaya memacu peningkatan ekonomi komuniti nelayan tetapi juga berguna dalam konteks kehidupan sosial mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Komuniti pesisir , Zon pesisir pantai , Sumber semula jadi , Flora , Fauna |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT51-65 Human settlements. Communities |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Aug 2022 14:57 |
Last Modified: | 11 Aug 2022 14:57 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33732 |
Actions (login required)
View Item |