Pilihan raya umum 14 (PRU-14) dan tumbangnya Barisan Nasional (BN) di Parlimen Silam

Wan Shawaluddin Wan Hassan and Nordin Sakke and Jusman Aman Setia and Diana Peters (2018) Pilihan raya umum 14 (PRU-14) dan tumbangnya Barisan Nasional (BN) di Parlimen Silam. Jurnal Kinabalu. pp. 383-409. ISSN 2600-867X

[img] Text
Pilihan raya umum 14 (PRU-14) dan tumbangnya Barisan Nasional (BN) di Parlimen Silam.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Pilihan raya umum 14 (pru-14) dan tumbangnya barisan nasional (bn) di parlimen silam.pdf
Restricted to Registered users only

Download (381kB) | Request a copy

Abstract

Pembangunan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui aspek mekanikal yang ditentukan oleh kemampuan membina bangunan pencakar langit semata-mata, tetapi juga aspek organik yang dilambangkan melalui sikap, literasi dan kefahaman masyarakatnya terhadap setiap isu yang dihadapi. Oleh itu, hasrat Malaysia untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020 yang tampaknnya terpaksa ditunda tidak hanya ditandai dengan berdirinya bangunan-bangunan ‘raksasa’ tadi, malahan juga keberadaan masyarakat yang dibentuk untuk berfikiran kritis. Usaha tersebut yang merupakan matlamat tanpa akhir Malaysia sehingga kini dianggap sebagai ‘duri dalam daging’ kerana sistem berfikir masyarakatnya lebih banyak ditentukan oleh unsur ‘perasaan’ berbanding ‘rasional’. Perkara ini akhirnya menjadi perdebatan dalam kalangan saintis sosial tentang pengaruhnya dalam menentukan arah perjalanan Malaysia pada masa hadapan khususnya pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan. Bersandarkan kepercayaan bahawa ‘rakyat adalah raja’, maka sekali lagi persoalan tersebut berusaha difahami dengan melihat pengaruh sentimen primodial dan kesedaran politik dalam membentuk pola sokongan masyarakat khususnya di negeri Sabah yang dianggap sebagai fixed deposit Barisan Nasional (BN). Usaha ini direalisasikan dengan mengedarkan sebanyak lapan ribu borang soal selidik mencakupi kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar bagi mendapatkan gambaran orientasi geopolitik bersifat keetnikan kerana merangkumi kawasan bumiputera dan bukan bumiputera serta merentasi batas agama. Hasil dapatan kajian mendapati pengaruh sentimen primodial semakin terhakis sifatnya dalam menentukan pola pengundian menjelang PRU-14, sedangkan persoalan kesedaran politik pula semakin mendapat tempat yang sepatutnya disebabkan proses globalisasi, kemajuan teknologi dan pengantian generasi.

Item Type: Article
Keyword: Barisan Nasional , Parti Warisan , Silam , Fixed deposit , PRU-14
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Aug 2022 15:09
Last Modified: 11 Aug 2022 15:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33735

Actions (login required)

View Item View Item