Propaganda dan disinformasi: Politik persepsi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Malaysia

Lee Kuok Tiung and Rizal Zamani Idris and Rafiq Idris (2018) Propaganda dan disinformasi: Politik persepsi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Malaysia. Jurnal Kinabalu. pp. 171-198. ISSN 2600-867X

[img] Text
Propaganda dan disinformasi, Politik persepsi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Malaysia.ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Propaganda Dan Disinformasi, politik Persepsi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (Pru-14) Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (417kB) | Request a copy

Abstract

Media memainkan peranan penting membentuk pemikiran pengundi. Media baharu sekali lagi dilihat memainkan peranan penting dalam menetapkan dan membentuk wacana publik pada PRU-14 di Malaysia. Media merupakan sumber maklumat politik yang utama kepada rakyat dalam masyarakat demokratik meskipun berita bukanlah kebenaran mutlak, apatah lagi fakta dan fiksyen sering kali dicampur aduk bagi maksud mencapai agenda tersembunyi. Pada dasarnya, bukan semua orang mempunyai pengalaman sebenar atau langsung dengan kebanyakan isu atau peristiwa yang hangat diperdebatkan sebagai topik yang mempunyai kepentingan publik. Sarjana kewartawanan seperti Tuchman (1978) sering menekankan bagaimana penerbit berita secara sistematik mengkonstruk suatu bentuk realiti yang spesifik dalam proses pemberitaan. Apa yang cuba dimaksudkan oleh beliau “berita merupakan jendela dunia” ialah pengetahuan dan kefahaman seseorang lazimnya bergantung kepada laporan media meskipun berita bukan cerminan kepada realiti dunia sebenar. Hal yang sama juga mendorong saintis-saintis politik tampil dengan hujah sesiapa yang mengusai media akan memenangi pilihan raya. Perubahan mediaskap di Malaysia telah menyaksikan publik tidak lagi dikawal oleh media arus perdana, sebaliknya media sosial yang mulai diperkenalkan mulai lewat 1990-an sebagai suara alternatif kepada rakyat. Perubahan drastik mulai berlaku dengan pengenalan telefon pintar dan media sosial. Isu-isu yang terdahulunya tidak diketahui kini boleh jadi viral dalam sekelip mata. Malangnya, terdapat juga banyak berita palsu yang direka khusus untuk tujuan kempen pilihan raya disebarkan secara berleluasa. Apa yang boleh dilihat pada PRU-14 adalah pelbagai partisan, propaganda, disinformasi dan pragmatisme yang membentuk politik persepsi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: PRU-14 , Kewartawanan , Media sosial , Wacana public , Kepentingan publik
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Aug 2022 11:21
Last Modified: 15 Aug 2022 11:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33755

Actions (login required)

View Item View Item