Peranan masa bekerja terhadap pengurusan kerja dan kehidupan dalam kalangan copreneurship di Sabah

Kamsiah Mabaloh and Dzurizah Ibrahim (2019) Peranan masa bekerja terhadap pengurusan kerja dan kehidupan dalam kalangan copreneurship di Sabah. Jurnal Kinabalu. pp. 73-90. ISSN 2600-867X

[img] Text
Peranan masa bekerja terhadap pengurusan kerja dan kehidupan dalam kalangan copreneurship di Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
Peranan Masa Bekerja Terhadap Pengurusan Kerja Dan Kehidupan Dalam Kalangan Copreneurship Di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (315kB) | Request a copy

Abstract

Perniagaan keluarga melibatkan copreneurship, iaitu pasangan suami dan isteri yang mengusahakan sebuah perniagaan bersama-sama. Lazimnya, perniagaan copreneurs ini bermatlamat untuk mengharmonikan tuntutan pekerjaan dan perihal rumah tangga mereka sekali gus. Elemen masa bekerja dilihat amat penting bagi pasangan copreneurs untuk melaksanakan kedua domain kerja dan kehidupan agar berupaya meminimumkan konflik kerja dan kehidupan dengan adanya masa bekerja sendiri berbanding bekerja dengan orang lain. Namun demikian, sejauh mana peranan masa bekerja copreneur mempengaruhi isu kerja dan kehidupan berlaku di Pulau Mabul masih menjadi persoalan. Hal ini demikian kerana kajian lepas mendapati bahawa lelaki copreneurs lebih mendominasi masa bekerja lebih lama berbanding wanita. Peranan masa bekerja yang lama memberi limpahan kerja dan kehidupan negatif terhadap lelaki copreneurs. Rentetan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan masa bekerja yang mempengaruhi isu kerja dan kehidupan terhadap lelaki dan wanita copreneurs dan pola pelaksanaan kerja dan kehidupan copreneurs di Pulau Mabul, Sabah. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, pengkaji menggunakan temu bual secara mendalam ke atas 14 orang copreneurs. Dapatan kajian ini mendapati bahawa peranan masa bekerja terhadap kedua domain berkenaan lebih menumpukan terhadap golongan wanita copreneurs. Hal ini disebabkan wanita copreneurs berada lebih lama di tempat kerja dan bekerja di rumah bersifat sederhana dan berasaskan perniagaan daripada rumah. Dapatan kajian ini menemukan copreneurs mempunyai masa bekerja yang fleksibel meskipun menjalankan perniagaan mereka secara sepenuh masa bagi membantu meringankan bebanan kedua domain berkenaan. Secara tidak langsung, komuniti copreneurs di Pulau Mabul menemukan pola kerja dan kehidupan yang bersifat integrasi kerja dan kehidupan mereka meskipun berhadapan dengan konflik dalaman. Sumbangan kajian ini membuka disiplin ilmu terhadap isu kerja dan kehidupan yang turut sama dialami oleh golongan copreneurship meskipun berada di luar bandar.

Item Type: Article
Keyword: Masa bekerja , Copreneurship , Pengurusan kerja dan kehidupan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Aug 2022 08:55
Last Modified: 17 Aug 2022 08:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33839

Actions (login required)

View Item View Item