Imejan haiwan dalam kartun lerang Langkawit melalui pendekatan ikonografi

Oscar Gordon Wong and Farah Nabila Nordin (2019) Imejan haiwan dalam kartun lerang Langkawit melalui pendekatan ikonografi. Jurnal Kinabalu. pp. 49-71. ISSN 2600-867X

[img] Text
Imejan haiwan dalam kartun lerang Langkawit melalui pendekatan ikonografi.ABSTRACT.pdf

Download (52kB)
[img] Text
Imejan haiwan dalam kartun lerang langkawit melalui pendekatan ikonografi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Penulisan artikel ini bertujuan menganalisis fungsi imej haiwan dalam menghubungkaitkan isu-isu semasa melalui kartun lerang Langkawit. Skop kajian dihadkan kepada empat karya terpilih imej haiwan dalam kartun lerang mengikut tema. Kajian ini menggunakan pendekatan Erwin Panofsky (1955) dalam memahami lapisan makna karya kartun lerang oleh Langkawit, sekali gus bagi mencapai objektif kajian. Maklumat berkaitan hasil koleksi kartun Langkawit didapati melalui pengumpulan data primer dan sekunder menerusi Kadazandusun Language Foundation (KLF), bahan bercetak seperti rujukan perpustakaan dan Arkib Negeri Sabah. Hasil kajian ini mendapati bahawa imej haiwan dalam kartun lerang Langkawit mempunyai simbolik yang berfungsi untuk memberi gambaran atau kritikan tentang nilai-nilai sosiobudaya, pendidikan, alam dan politik. Saluran imej haiwan karya Langkawit ini juga menjadi alat kiasan dan komunikasi yang berfungsi dalam menilai sesuatu isu, di samping menjadi senjata teguran khususnya di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Imej haiwan , Kartun lerang , Kartunis Langkawit , Simbolik , Alat kiasan , Sabah
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. Illustration > NC1-1940 Drawing. Design. Illustration > NC1300-1766 Pictorial humor, caricature, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Aug 2022 08:56
Last Modified: 17 Aug 2022 08:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33840

Actions (login required)

View Item View Item