Kajian komunikasi ritual dalam makan tahun masyarakat Kadayan di Sarawak

Mohamad Maulana Magiman and Norhuda Salleh and Karmilah Abdullah and Malisah Latip and Dayang Shobihah Abang Abai and Fakhzan Buang (2021) Kajian komunikasi ritual dalam makan tahun masyarakat Kadayan di Sarawak. ANP Journal of Social Science and Humanities, 2. pp. 104-111. ISSN 2773-482X (P-ISSN) , 2785-8863 (E-ISSN)

[img] Text
Kajian komunikasi ritual dalam makan tahun masyarakat Kadayan di Sarawak.pdf
Restricted to Registered users only

Download (248kB) | Request a copy
[img] Text
Kajian komunikasi ritual dalam makan tahun masyarakat Kadayan di Sarawak _ABSTRACT.pdf

Download (59kB)

Abstract

Makan Tahun merupakan satu amalan ritual yang dilaksanakan oleh masyarakat Kadayan di Sarawak dalam menyambut tahun baharu. Ritual ini dilakukan pada bulan Disember setiap tahun oleh masyarakat Kadayan yang mempunyai pengangan agama beragam iaitu Islam, Pangan dan Kristian. Persoalannya bagaimana masyarakat yang mempunyai keberagaman beragama mencari penyelesaian dalam ritual yang telah menjadi amalan turun termurun dan diwarisi sejak sebelum kedatangan mana-mana agama. Pelaksanaan upacara ini dipenuhi dengan penggunaan pelbagai barangan sebagai simbol untuk pemakluman yang tidak diketahui maknanya di luar kelompok masyarakat pengamal. Sehubungan itu kajian ini mengkaji tentang makna ritual daripada perspektif komunikasi ritual dan simbol yang digunakan dalam pelaksanaan tersebut. Kaedah etnografi digunakan dalam pengumpulan data di lokasi kajian di Daerah Sebuti, Sarawak. Informan yang terlibat dalam kajian lapangan ini terdiri daripada ahli agama dan pengamal ritual. Temu bual mendalam bersama pengamal ritual Makan Tahun dilakukan pada tahun 2016. Analisis data dilakukan dengan membangunkan transkrip temu bual dan membuat penyusunan mengikut tema bagi memastikan setiap temu bual dianalisis dan diterjemahkan dari sudut pandang masyarakat pengamal ritual. Kaedah etnografi yang dijalankan menemukan bahawa Makan tahun dimaknai sebagai ritual untuk menzahirkan rasa kesyukuran atas rezeki yang diberikan pada tahun semasa. Ritual ini juga sebagai pengharapan agar rezeki pada tahun berikutnya dilipatgandakan oleh pemberi rezeki. Sifat tolak ansur diperlihatkan di mana wujudnya unsur sinktetisme dalam pelakanaan ritual Makan Tahun dengan keseluruhan pelaksaan ritual tersebut dipandu oleh mereka yang mempunyai ilmu agama tinggi dan menduduki status sosial sebagai pemimpin agama dalam masyarakat.

Item Type: Article
Keyword: Komunikasi , Ritual , Simbol , Sinkretisme
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore > GR1-950 Folklore
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 24 Aug 2022 09:45
Last Modified: 24 Aug 2022 09:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33889

Actions (login required)

View Item View Item