Fungsi ritual dalam adat pertunangan masyarakat Melayu

Norhuda Salleh and Yaacob Harun (2015) Fungsi ritual dalam adat pertunangan masyarakat Melayu. Journal of Education and Social Sciences, 1. pp. 228-235. ISSN 2289-9855

[img] Text
Fungsi ritual dalam adat pertunangan masyarakat Melayu.pdf
Restricted to Registered users only

Download (127kB) | Request a copy
[img] Text
Fungsi ritual dalam adat pertunangan masyarakat Melayu _ABSTRACT.pdf

Download (60kB)

Abstract

Ritual ialah peraturan atau perlakuan yang telah ditetapkan oleh masyarakat pengamalnya. Adat pertunangan merupakan antara adat yang masih diamalkan dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Adat pertunangan ini biasanya akan dilangsungkan bersama adat merisik dan meminang. Dalam keadaan tertentu, adat merisik ditiadakan. Ini kerana adat merisik merupakan perjumpaan secara tertutup wakil pihak lelaki dengan perempuan yang ingin dipinang sebagai tanda pertanyaan rasmi pihak lelaki. Adat merisik biasanya melibatkan pasangan yang tidak mengenali antara satu sama lain. Adat pertunangan dalam masyarakat Melayu mempunyai ritual yang telah ditetapkan. Perlanggaran ritual dalam perlaksanaan adat pertunangan masyarakat Melayu akan mengakibatkan pelaku dicemuh oleh masyarakat. Makalah ini membincangkan fungsi ritual yang terdapat dalam adat pertunangan masyarakat Melayu. Bagi maksud ini kajian telah dilakukan di Kampung Seri Kedah, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. Kajian dilakukan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian di lapangan. Hasil kajian mendapati fungsi ritual dalam istiadat pertunangan masyarakat Melayu di kawasan kajian dibahagikan kepada dua iaitu dari sudut simbolik ritual dilaksanakan dan juga utilitarian. Simbolik ritual pertunangan dilaksanakan ialah untuk memperkenalkan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan sebelum ikatan kekeluargaan (persanakan/kinship) berlaku dalam masyarakat. Hal ini ditonjolkan melalui ritual sambutan. Manakala dalam ritual doa bagi adat pertunangan pula, sebagai ucapan terima kasih kepada Allah SWT melancarkan perjalanan majlis, memohon agar istiadat dalam perancangan perkahwinan seterusnya dapat dilaksanakan sebagaimana dirancang. Ritual jamuan pula sebagai simbolik memuliakan tetamu yang hadir dalam istiadat pertunangan yang diadakan. Manakala fungsi ritual dari sudut utilitarian dalam istiadat pertunangan pula sebagai mengeratkan silaturahim (sambutan), perpaduan dalam masyarakat (doa) dan perkongsian kegembiraan dan rezeki (jamuan).

Item Type: Article
Keyword: Ritual , Adat , Sambutan , Doa , Jamuan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 15 Sep 2022 16:09
Last Modified: 15 Sep 2022 16:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34134

Actions (login required)

View Item View Item