Interkorelasi konstruk bagi kemahiran literasi awal kanak-kanak

Juppri Bacotang and Adibah Abdul Latif and Nurfarhana Diana Mohd Nor and Siti Farhana Md. Yasin and Connie Shin @ Connie Cassy Ompok and Muhamad Suhaimi Taat (2022) Interkorelasi konstruk bagi kemahiran literasi awal kanak-kanak. Pendeta, 13 (1). pp. 70-83. ISSN 1823-6812

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (635kB) | Request a copy
[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (59kB)

Abstract

Artikel ini menjelaskan interkorelasi konstruk bagi kemahiran literasi awal kanak-kanak berumur 3+ hingga 4+ tahun. Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 222 orang sampel kajian yang terdiri daripada 119 orang kanak-kanak berumur 3+ tahun, dan 103 orang berumur 4+ tahun. Lokasi kajian melibatkan 12 buah taska atau tadika di sekitar Perak dan Selangor. Pencapaian kemahiran literasi awal kanak-kanak dinilai dengan menggunakan Indikator Kemahiran Literasi Awal (IKLA) yang merangkumi lima konstruk utama, iaitu bahasa dan komunikasi, kesedaran cetak, kesedaran fonologi, kefahaman naratif, dan tulisan awal. Pengkaji menggunakan analisis korelasi pekali Pearson untuk menentukan interkorelasi antara setiap konstruk kemahiran literasi awal dengan item-item. Dapatan analisis interkorelasi menunjukkan terdapat korelasi positif yang sangat kuat, kuat dan sederhana, dan signifikan antara setiap konstruk dengan item-item. Kajian ini dapat menjelaskan item-item atau kemahiran spesifik bagi setiap konstruk kemahiran literasi awal. Implikasinya, kajian ini dapat membantu ibu bapa dan pendidik untuk mendedahkan kemahiran literasi awal yang komprehensif kepada kanak-kanak berumur berumur 3+ hingga 4+ tahun.

Item Type: Article
Keyword: Interkolerasi konstruk , Kemahiran literasi awal , Bahasa dan komunikasi , Kesedaran cetak , Kesedaran fonologi , Kefahaman naratif , Tulisan awal , Awal kanak-kanak
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1139.2-1139.5 Early childhood education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 27 Sep 2022 11:31
Last Modified: 27 Sep 2022 11:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34284

Actions (login required)

View Item View Item