Impak tranformasi digital terhadap kecekapan perkhidmatan awam di Sabah

Sharifah Darmia Sharif Adam and Saifulazry Mokhtar and Irma Wani Othman and Jais Abdul Hamid (2022) Impak tranformasi digital terhadap kecekapan perkhidmatan awam di Sabah. Journal of Information System and Technology Management (JISTM), 7. pp. 257-268. ISSN 0128-1666

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (55kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (268kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini akan membincangkan impak tranformasi digital terhadap kecekapan perkhidmatan awam di Sabah. Masa kini, perkembangan pesat dalam kemajuan teknologi memperlihatkan kemunculan pelbagai teknologi canggih yang berkeupayaan melakukan sebarang pekerjaan atau tugasan tanpa melibatkan manusia. Dengan kemajuan bidang teknologi, kecekapan dan penghasilan produktiviti sesuatu organisasi dapat dipertingkatkan. Namun, persoalannya sejauh manakah perkhidmatan awam di Sabah telah mengaplikasikan pengunaan teknologi digital dalam memastikan kelancaran setiap perkhidmatan yang diberikan. Oleh itu, artikel ini akan difokuskan untuk membincangkan sejauh manakah tranformasi digital memberikan impak terhadap perkhidmatan awam di Sabah. Selain itu, perbincangan akan turut ditumpukan terhadap usaha pihak kerajaan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kakitangan awam dalam bidang digital supaya dapat menggalas tugas-tugas yang dipertanggungjawapkan dengan cekap. Artikel ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif dan menggunakan kaedah kajian arkib serta kajian perpustakaan iaitu dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder seperti Annual Report of The Sabah State Public Service Commision, Penyata Surohanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak, Penyata Tahunan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, akhbar, buku dan artikel untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat memberi kefahaman yang lebih jelas tentang kesan perkembangan teknologi digital terhadap peningkatan kualiti kecekapan perkhidmatan awam di negeri tersebut sekaligus akan membolehkan perancangan strategi yang dapat mengukuhkan lagi perkhidmatan awam di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Perkhidmatan awam sabah , Kakitangan awam , Kecekapan , Teknologi dan digital
Subjects: J Political Science > JF Political institutions and public administration > JF20-2112 Political institutions and public administration
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Nov 2022 09:58
Last Modified: 08 Nov 2022 09:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34707

Actions (login required)

View Item View Item