Adat perkahwinan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah penilaian dari perspektif Islam

Azmin Pullong and Saifulazry Mokhtar and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Mohd Sohaimi Esa (2022) Adat perkahwinan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah penilaian dari perspektif Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7. pp. 283-294. ISSN 0128-1755

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (55kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (316kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah terkenal sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan khazanah adat budaya. Pengamalan sesebuah adat dipelihara secara konsisten bagi mengekalkan keasliannya sebagai tatapan generasi mendatang. Kelestarian ini didorong oleh solidariti para pendukungnya tidak kira generasi tua atau pun muda. Dalam konteks adat perkahwinan, masyarakat Bajau juga mengaplikasikan adat-adat perkahwinan yang lazim diamalkan oleh masyarakat Melayu dan beberapa etnik lain di Sabah. Namun terdapat beberapa amalan adat yang eksklusif diamalkan yang menarik untuk ditonjolkan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji adat perkahwinan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah. Seterusnya, analisis dari perspektif Islam akan dilakukan bagi menentukan status adat sama ada ia selaras dengan agama atau pun sebaliknya. Kajian ini tampil sebagai panduan masyarakat dalam menepis sebarang amalan yang bercanggah dengan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengaplikasikan kaedah temu bual dan observasi (pemerhatian turut serta) sebagai medium pengumpulan data secara autentik. Informan dipilih berdasarkan kearifan dan pengalaman luas berkaitan adat perkahwinan dalam masyarakat Bajau di Kota Belud. Terdapat lima buah kampung yang dipilih atas justifikasi kepadatan penduduk Bajau di kawasan terbabit. Kajian ini mendapati adat perkahwinan Bajau masih mengandungi amalanamalan bertentangan dengan Islam. Amalan ngerasi dan aplikasi kindangan perlu kepada ubah suai agar ia selari dengan syarak. Bagi amalan adat yang dibolehkan, ia perlu disuburkan sebagai sebuah adat budaya yang bernilai untuk tatapan generasi akan datang.

Item Type: Article
Keyword: Perkahwinan , Bajau , Syarak , Kota Belud , Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1-5099 Practical Theology > BV590-1652 Ecclesiastical theology > BV800-873 Sacraments. Ordinances > BV835-838 Marriage
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Nov 2022 10:01
Last Modified: 08 Nov 2022 10:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34711

Actions (login required)

View Item View Item