Menyingkap sejarah awal dasar ekonomi baru pemacu kepada usaha kelestarian negara bangsa

Mohd Sohaimi Esa and Irma Wani Othman and Sharifah Darmia Sharif Adam and Jais Abdul Hamid (2022) Menyingkap sejarah awal dasar ekonomi baru pemacu kepada usaha kelestarian negara bangsa. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7. pp. 338-349. ISSN 0128-1755

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (57kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (208kB) | Request a copy

Abstract

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990). Dasar ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak susulan tragedi 13 Mei 1969. Sebagai Perdana Menteri, beberapa isu dalam negara perlu ditangani secara bijaksana lagi berhikmah oleh Tun Abdul Razak. Antaranya termasuklah pengstrukturan semula dasar ekonomi agar dapat diperkukuhkan lagi perpaduan rakyat Malaysia. Justeru itu, kertas kerja ini akan berusaha untuk menyingkap sejarah awal Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai salah satu wadah penting dalam proses pembinaan negara bangsa. Dengan pendekatan ilmu sejarah, maka kajian ini menggunakan sumber primer dan sekunder untuk mejelaskan tercetusnya idea dasar yang lebih mapan, yakni DEB. Strategi dan pelaksanaan DEB pada peringkat awal juga dihuraikan dalam usaha mencapai objektif strategi serampang dua mata. Hasil dapatan kajian menunjukkan DEB boleh dianggap sebagai suatu langkah berani dalam usaha mengubah landskap ekonomi negara ini agar misi dan visi perpaduan nasional dapat dicapai. Hal yang penting juga menerusi DEB mencerminkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi yang memperlihatkan wujud diskriminasi positif dalam pengagihan kekayaan negara kepada rakyat, khususnya untuk masyarakat bumiputera.

Item Type: Article
Keyword: Bumiputera , Dasar ekonomi baru , DEB , Sosioekonomi
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Nov 2022 10:42
Last Modified: 08 Nov 2022 10:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34716

Actions (login required)

View Item View Item