Pelaksanaan amali dengan minat terhadap pembelajaran sains di sekolah kurang murid daerah Kota Belud, Sabah

Crispina Gregory K Han and Mohammad Azri Amatan and Evonne Lai (2022) Pelaksanaan amali dengan minat terhadap pembelajaran sains di sekolah kurang murid daerah Kota Belud, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7. pp. 1-8. ISSN 2504-8562

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (56kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (253kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara pelaksanaan amali dengan minat terhadap pembelajaran sains dalam kalangan murid Tahun Lima di sekolah rendah luar bandar kategori Sekolah Kurang Murid di daerah Kota Belud, Sabah. Kajian kuantitatif mengaplikasikan reka bentuk kaedah tinjauan jenis hirisan-rentas dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 195 murid sekolah rendah di Daerah Kota Belud melibatkan sembilan belas sekolah rendah kategori Sekolah Kurang Murid. Instrumen kajian terdiri daripada Soal Selidik Persepsi Minat Murid Terhadap Pembelajaran Sains dan juga Soal Selidik Pelaksanaan Aktiviti Amali. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian IBM Statistic Package for Social Science (SPSS) Versi 26.0. Hasil ujian Korelasi Pearson Product Momen menunjukkan kekuatan hubungan rendah ke sederhana (r=.288) antara pelaksanaan amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan minat terhadap pembelajaran sains. Dapatan ini mengesahkan wujud hubungan positif linear antara pelaksanaan amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan minat terhadap pembelajaran sains. Dapatan ini menunjukkan, semakin tinggi pelaksanaan amali maka semakin tinggi minat murid terhadap pembelajaran sains di Sekolah Kurang Murid luar bandar di daerah Kota Belud, Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Pelaksanaan amali , Minat terhadap pembelajaran , Sains , Sekolah rendah luar bandar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Nov 2022 20:14
Last Modified: 10 Nov 2022 20:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34789

Actions (login required)

View Item View Item