Hubungan tanggapan sokongan organisasi dan kompetensi peribadi dengan komitmen organisasi pensyarah matrikulasi

Ahmad Zul Azri Mohd Yusoff and Mohd Khairuddin Abdullah @Jerry Abdullah (2022) Hubungan tanggapan sokongan organisasi dan kompetensi peribadi dengan komitmen organisasi pensyarah matrikulasi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7. pp. 1-19. ISSN 2504-8562

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (74kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (385kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan tanggapan sokongan organisasi, kompetensi peribadi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah matrikulasi. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tanggapan sokongan organisasi, kompetensi peribadi dan komitmen organisasi yang wujud dalam kalangan pensyarah matrikulasi. Seterusnya, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti hubungan antara tanggapan sokongan organisasi dan kompetensi peribadi dengan komitmen organisasi pensyarah Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 24.0. Data dikumpulkan menggunakan satu set borang soal selidik yang ditadbir ke atas 338 orang pensyarah matrikulasi di seluruh negara. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tanggapan sokongan organisasi pensyarah matrikulasi berada pada tahap tinggi manakala tahap kompetensi peribadi dan komitmen organisasi pensyarah pula berada pada tahap yang sangat tinggi. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang sederhana di antara tanggapan sokongan organisasi dan kompetensi peribadi dengan komitmen organisasi pensyarah matrikulasi. Implikasi dan cadangan kajian lanjut turut dibincangkan.

Item Type: Article
Keyword: Tanggapan sokongan , Organisasi , Kompetensi peribadi , Komitmen organisasi , Pensyarah matrikulasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Nov 2022 20:29
Last Modified: 10 Nov 2022 20:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34797

Actions (login required)

View Item View Item