Pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian pelajar sekolah dalam penjara di Malaysia

Nuraihan Mohamad Hashim and Muhamad Suhaimi Taat (2022) Pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian pelajar sekolah dalam penjara di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7 (10). pp. 1-11. ISSN 2504-8562

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (75kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (285kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangun dan mengesahkan instrumen untuk menilai kemenjadian pelajar di sekolah dalam penjara di Malaysia. Berdasarkan kajian literatur dan sesi perkongsian dengan guru-guru berpengalaman yang mengajar di sekolah dalam penjara, pengkaji mengenal pasti konstruk dan item yang menyumbang kepada pengukuran kemenjadian pelajar. Kesahan dan kebolehpercayaan telahlah dilakukan ke atas item yang dibina. Kesahan kandungan instrumen ini melibatkan 8 orang pakar dalam pelbagai bidang. Seramai 432 pelajar terlibat di dalam kajian ini. Hasilnya instrumen baru dibangunkan terdiri daripada 4 konstruk kemenjadian pelajar iaitu sikap pembelajaran, motivasi pencapaian, akhlak dan kendiri akademik. Analisis faktor penerokaan dijalankan bagi mendapatkan kesahan konstruk menggunakan perisian SPSS. Muatan faktor setiap item adalah dalam julat 0.669 hingga 0.805 dan nilai kebolehpercayaan (alpha) pula adalah dalam julat 0.78 hingga 0.83. Jumlah keseluruhan item yang dibina berdasarkan konstruk tersebut ialah sebanyak 55 item. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan instrumen ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diguna pakai dalam menilai kemenjadiaan pelajar di sekolah dalam penjara di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Sekolah dalam penjara , Kesahan , Kebolehpercayaan , Pembinaan instrumen , Penilaian
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV7231-9960 Criminal justice administration > HV8301-9920.7 Penology. Prisons. Corrections > HV9051-9230.7 The juvenile offender. Juvenile delinquency. Reform schools, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Nov 2022 20:31
Last Modified: 10 Nov 2022 20:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34799

Actions (login required)

View Item View Item