Kerangka Pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tambahan

Jupri Basari and Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah (2022) Kerangka Pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tambahan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7. pp. 1-13. ISSN 2504-8562

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (71kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (367kB) | Request a copy

Abstract

Artikel konseptual ini membincangkan tentang pendekatan yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik Tambahan bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) selari dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dan Teknik Pembelajaran Kolaboratif (TPK) adalah dua pendekatan pembelajaran yang dicadangkan kerana terbukti dapat meningkatkan KBAT. Berdasarkan kepada tinjauan literatur, didapati pengintegrasian PBM-TPK dalam PdP Matematik Tambahan dapat memupuk KBAT pelajar. Pemupukan KBAT didukung oleh prinsip-prinsip asas dalam teori pembelajaran konstruktivisme sosial, model pembelajaran berasaskan masalah dan Teknik Pembelajaran Kolaboratif. Oleh itu, artikel konseptual ini mencadangkan kerangka konsep PBM-TPK bagi memupuk KBAT dalam PdP Matematik Tambahan di sekolah menengah sesuai dengan senario dan keperluan terkini sistem pendidikan di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Kemahiran berfikir aras tinggi , Pembelajaran berasaskan masalah , Teknik pembelajaran kolaboratif , Matematik tambahan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Nov 2022 08:55
Last Modified: 15 Nov 2022 08:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34825

Actions (login required)

View Item View Item