Penilaian Instrumen Kualiti Hidup Perumahan Awam Bagi Miskin Bandar Menggunakan Kaedah Kesahan Kandungan

Zulasri Pitting and Marsitah Mohd Radzi (2022) Penilaian Instrumen Kualiti Hidup Perumahan Awam Bagi Miskin Bandar Menggunakan Kaedah Kesahan Kandungan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7. pp. 1-7. ISSN 2504-8562

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (130kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (261kB) | Request a copy

Abstract

Kesahan kandungan sesuatu instrumen kajian itu adalah penting bagi memastikan kesesuaian dan kejelasan item dalam instrumen tersebut. Kesahan kandungan kajian ini dibuat menggunakan kaedah penilaian panel pakar menggunakan borang penilaian yang telah disediakan oleh pengkaji. Sebanyak enam orang panel pakar telah dipilih daripada tiga kategori latar belakang berbeza iaitu akademik, jawatan dan pengalaman. Pengukuran kesahan kandungan dibuat menggunakan dua pengukuran iaitu kesahan kandungan bagi setiap item (I-CVI) dan Kesahan kandungan bagi skala keseluruhan (S-CVI/Ave). Hasil kajian menunjukkan bahawa instrumen kajian mempunyai skor kesahan kandungan yang tinggi dengan mencapai skor I-CVI di antara 0.833-1.00 dan juga skor S-CVI/Ave di antara 0.96-1.00. Oleh yang tersebut, dapat disimpulkan bahawa instrumen kajian yang dibentuk mempunyai kesahan kandungan yang baik. Hasil kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan awalan dalam perbincangan khususnya yang melibatkan perumahan awam bagi miskin bandar agar perumahan awam yang lebih kondusif dan baik dapat disediakan kepada golongan sasar.

Item Type: Article
Keyword: Kesahan Kandungan , Kualiti hidup , Instrumen
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD7260-7780.8 Industrial hygiene. Industrial welfare
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Nov 2022 21:45
Last Modified: 10 Nov 2022 21:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34829

Actions (login required)

View Item View Item