Implikasi dan cabaran usahawan kiosk 1 Borneo Hypermall semasa pandemik covid-19

Chentia Subi (2022) Implikasi dan cabaran usahawan kiosk 1 Borneo Hypermall semasa pandemik covid-19. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (896kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia terlibat dalam pelbagai industri yang mewakili sebahagian besar daripada jumlah perniagaan dalam pelbagai sektor dan merupakan salah satu penyumbang utama dalam keluaran dalam negeri kasar (KDNK). PKS adalah sebagai salah satu agen dalam membantu meningkatkan pembangunan ekonomi negara. PKS bukan sahaja menjadi tulang belakang terhadap pembangunan ekonomi negara namun ia juga merupakan salah satu tempat untuk mengasah dan mencari bakat keusahawanan yang terdapat dalam setiap diri individu. Namun, pandemik COVID-19 telah diisytiharkan oleh kerajaan berikutan penularannya yang semakin meningkat setiap hari. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sektor perniagaan kecil adalah salah satu sektor yang paling terkesan daripada perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan. Situasi pandemik COVID-19 menyebabkan terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh peniaga kiosk dan ramai yang terpaksa menghentikan perniagaan. Oleh itu, kajian ini mengkaji implikasi dan cabaran usahawan kiosk di 1 Borneo Hypermall semasa pandemik. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif dan pemerhatian untuk mengukuhkan dapatan kajian. Borang soal selidik diedarkan kepada 50 orang pengusaha kiosk di kawasan kajian. Hasil kajian mendapati pandemik COVID-19 telah memberi impak kepada pengusaha kiosk dengan kurangnya pelanggan semasa PKP dilaksanakan, pendapatan jualan menurun dengan majoritinya RM3000 ke bawah sebulan, dan kutipan jualan harian tidak dapat menampung modal yang diperlukan. Manakala, cabaran yang dihadapi semasa pandemik COVID-19 ialah wujud persaingan pemasaran di antara pengusaha lain, pengusaha kurang tahu cara mempromosikan jualan di media sosial, dan waktu perniagaa yang ditetapkan oleh kerajaan adalah terhad. Terdapat langkah dan strategi yang dilakukan oleh usahawan kiosk untuk terus bertahan semasa pandemik COVID-19 iaitu pengusaha perlu berniaga secara dalam talian dengan membuat pengiklanan produk yang dijual dan pengusaha perlu mempelajari strategi pemasaran untuk meningkatkan jualan dengan langkah awal iaitu menawarkan perkhidmatan penghantaran segera (COD) kepada pelanggan. Justeru, pelbagai inisiatif yang lebih berkesan dan komprehensif perlu dilakukan oleh semua pihak terlibat yang bertanggungjawab dalam menangani situasi ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Perusahaan Kecil dan Sederhana , PKS , Usahawan , 1 Borneo Hypermall , Covid-19
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD2321-4730.9 Industry > HD2340.8-2346.5 Small and medium-sized businesses, artisans, handicrafts, trades
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Mar 2023 14:34
Last Modified: 28 Mar 2023 14:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35291

Actions (login required)

View Item View Item