Faktor-faktor yang mempengaruhi niat pekerja untuk meninggalkan sesebuah organisasi

Nur Atikah Syazwani Mat Yunus (2022) Faktor-faktor yang mempengaruhi niat pekerja untuk meninggalkan sesebuah organisasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (910kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji faktor faktor yang mempengaruhi niat pekerja untuk meninggalkan sesebuah organisasi. Kajian ini akan melihat faktor ya ng mempengaruhi niat pekerja untuk meninggalkan pekerjaan mereka. Seterusnya, menge nal pasti faktor faktor yang mempengaruhi niat pekerja untuk meninggalkan organisasi yang terdiri daripada faktor gaji, kepuasan kerja dan tekanan kerja . Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian ini terdiri daripada 10 1 responden dalam kalangan pekerja hypermarket di Papar, Sabah. Borang soal selidik ini diedarkan menggunakan pautan Google Form kepada 101 responden secara rawak melalui media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Telegram dan Instagram pengkaji. Data yang d iperoleh melalui soal selidik akan dianalisis menggunakan SPSS versi 28. Berdasarkan analisis deskriptif yang dilakukan, faktor faktor yang mempengaruhi niat pekerja untuk meninggalkan organisasi adalah pada tahap yang tinggi, manakala tahap keinginan peke rja untuk meninggalkan organisasi juga pada tahap yang tinggi. Selain itu, analisis kolerasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara faktor faktor yang mempengaruhi dan tahap keinginan pekerja untuk meninggalkan sesebuah organisasi dengan mencatatkan n ilai kolerasi yang tinggi. Bagi analisis regresi pelbagai pula telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang signifikan terhadap tahap keinginan pekerja untuk meninggalkan sesebuah organisasi . Oleh itu, hipotesis kajian iaitu (H 3 ) tekanan kerja ad alah diterima yang mana wujud hubungan antara faktor faktor yang mempengaruhi tahap keinginan pekerja untuk meninggalkan sesebuah organisasi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Faktor faktor , Kepuasan kerja , Tekanan kerja , Gaji , Tahap keinginanmeninggalkan organisasi , Sektor peruncitan dan pemborongan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5306-5474 Labor disputes. Strikes and lockouts
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Apr 2023 09:15
Last Modified: 05 Apr 2023 09:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35324

Actions (login required)

View Item View Item