Kerishine Danil (2022) Penggunaan dan kepuasan aplikasi instagram dalam kalangan remaja di Taman Sri Ontoros, Kemabong. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
24 PAGES.pdf Download (257kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (582kB) |
Abstract
Kajian ini berkaitan dengan penggunaan dan kepuasan aplikasi Instagram dalam kalangan remaja di Taman sri Ontoros, Kemabong. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Kegunaan dan Kepuasan (Uses and Gratifications Theory ), Antara objektif yang dikaji dalam kajian ini adalah mengenal pasti kekerapan, keperluan dan penggunaan serta menghuraikan kepuasan yang diperoleh melalui penggunaan instagram dalam kalangan remaja di Taman Sri Ontoros, Kemabong. Kajian ini dilakukan terhadap 108 responden dalam kalangan remaja di Taman Sri Ontoros, Kemabong yang berumur 13 tahun sehingga 18 tahun. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif berdasarkan hasil dapatan daripada soalan survei. Melalui hasil dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan objektif 1, menunjukkan bahawa tempoh kekerapan penggunaan responden dalam menggunakan aplikasi Instagram adalah tiada waktu yang spesifik hanya bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengakses Instagram. Hal ini kerana, jumlah peratus yang diperolehi adalah 62% daripada 100%. Manakala, bagi soalan objektif 2 mendapati bahawa keperluan dan kepenggunaan aplikasi Instagram digunakan untuk menghilangkan rasa sunyi. Melalui dapatan kajian yang dilakukan, ini merupakan dapatan yang paling tinggi dengan memperoleh 61.6% daripada 100%. Manakala bagi objektif 3, kepuasan yang diperolehi daripada aplikasi Instagram menunjukkan responden sangat puas hati dan teruja untuk menggunakannya. Hal ini kerana, dapatan yang diperolehi mendapat peratus yang tinggi iaitu 63% daripada 100%. Selain itu, aplikasi Instagram turut memudahkan pengguna berkongsi maklumat seperti teks, gambar, video, audio, pautan laman web antara pengguna kepada pengguna yang lain.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Kegunaan , Kepuasan , Remaja , Aplikasi , Instagram |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM701 Social systems H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ793-799.2 Youth. Adolescents. Teenagers |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 10 Apr 2023 12:36 |
Last Modified: | 10 Apr 2023 12:36 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35346 |
Actions (login required)
View Item |