Nurkhalisa Farhain Dulamid (2022) Kegunaan dan kepuasan pembelian atas talian dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
24 PAGES.pdf Download (232kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (608kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti “Kegunaan Dan Kepuasan Pembelian Atas Talian Dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah”. Masyarakat pada masa kini gemar melakukan pembelian secara atas talian berbanding pembelian di kedai. Pembelian secara atas talian ini juga melibatkan pelbagai golongan termasuk pelajar UMS. Kajian ini mempunyai beberapa objektif kajian iaitu (1) Mengenal pasti platform yang digunakan oleh pelajar UMS untuk melakukan pembelian atas talian. (2) Meneliti pola kekerapan pembelian atas talian dalam kalangan pelajar UMS. (3) Mengenal pasti bentuk kepuasan pelajar UMS melakukan pembelian secara atas talian. Kajian ini menggunakan teori Kegunaan dan Kepuasan (Uses and Gratification Theory) yang diperkenalkan oleh Elihu Kate dan Jay Blumler (1974). Teori ini berkait rapat tentang bagaimana seseorang individu mencapai tahap kepuasan setelah menggunakan sesuatu platform untuk melakukan pembelian atas talian. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar Ums menggunakan platform Shopee untuk melakukan pembelian secara atas talian. Selain itu, hasil untuk pola kekerapan menunjukkan bahawa sebilangan besar pelajar memperuntukkan masa kurang dari 1 jam ketika berbelanja, dan majoriti pelajar melakukan pembelian atas talian 1 kali sehari, 1-2 kali seminggu serta 1 -2 kali setahun. Hasil bagi bentuk kepuasan pula menunjukkan bahawa kesemua bentuk kepuasan mencapai skor min pada tahap yang tinggi dengan jumlah min untuk setiap bentuk kepuasan melebihi 4.0. Hal ini jelas membuktikan bahawa pelajar Ums memprolehi kepuasan yang sangat baik setelah melakukan pembelian secara atas talian. Kategori kepuasan informasi mendapat skor min yang tertinggi di antara empat bentuk kepuasan dengan skor min sebanyak 4.63. Merujuk daripada analisis data, dapat disimpulkan bahawa pelajar memperolehi kepuasan yang sangat tinggi pada bentuk kepuasan informasi. Kepuasan informasi yang dimaksudkan ialah pelajar dapat mengetahui informasi berkenaan sesuatu produk.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Pembelian atas talian , Universiti Malaysia Sabah , UMS |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5410-5417.5 Marketing. Distribution of products L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 03 May 2023 09:35 |
Last Modified: | 03 May 2023 09:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35376 |
Actions (login required)
View Item |