Elemen emosi dalam penilaian prestasi pekerja sokongan dalam organisasi awam terpilih

Mohd. Khairul Nabil Mohd Nor Azan and Dzurizah Ibrahim (2022) Elemen emosi dalam penilaian prestasi pekerja sokongan dalam organisasi awam terpilih. Jurnal Kinabalu, 28 (1). pp. 20-36. ISSN 2600-867X

[img] Text
Abstract.pdf

Download (36kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (387kB) | Request a copy

Abstract

Penilaian prestasi dilaksanakan tidak kira pada sesebuah organisasi awam mahupun swasta. Hal ini demikian kerana, ia dilihat sebagai satu alat pengukur kepada prestasi pekerja pada sesebuah organisasi. Dengan adanya sistem penilaian prestasi ini, maka sesebuah organisasi dapat menilai sejauhmana seseorang pekerja telah mencapai prestasi yang telah ditetapkan sama ada oleh pihak organisasi atau pekerja itu sendiri. Walau bagaimanapun, perlaksanaan sesebuah sistem secara amnya tidak selalunya berjalan secara lancar sepenuhnya. Hal ini demikian kerana, tanpa disedari wujud isu yang boleh menyebabkan sesebuah sistem penilaian prestasi tidak dapat dilaksanakan secara optimum. Antara perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya isu dalam sesebuah penilaian prestasi adalah disebabkan oleh faktor seperti dipengaruhi oleh elemen kemanusiaan iaitu emosi. Justeru, kajian awal ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam terhadap tiga orang informan, iaitu masing-masing merupakan wakil kepada kesatuan sekerja, bahagian sumber manusia dan pekerja sokongan pada sebuah organisasi awam yang terpilih. Pemilihan informan pada kajian awal ini adalah berdasarkan persampelan bertujuan. Kajian awal ini dilaksanakan untuk melihat sejauhmana wujudnya elemen kemanusiaan, iaitu emosi dalam penilaian prestasi terhadap pekerja sokongan di sesebuah organisasi awam. Dapatan kajian mendapati bahawa wujud elemen kemanusiaan, iaitu emosi dalam penilaian prestasi yang dilaksanakan oleh organisasi awam tersebut. Oleh hal yang demikian, artikel ini mengupas isu emosi dalam penilaian prestasi yang berlaku dan seterusnya mengenal pasti tindakan pihak pengurusan dalam mengatasi isu tersebut.

Item Type: Article
Keyword: Elemen emosi, Penilaian prestasi, Pekerja sokongan, Organisasi awam, Tindakan pihak pengurusan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF501-505 Motivation
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5650-5660 Employee participation in management. Employee ownership. Industrial democracy. Works councils
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 May 2023 09:40
Last Modified: 03 May 2023 09:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35390

Actions (login required)

View Item View Item